Thursday, 1 July 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Assalamualaikum wbt. 
Berikut merupakan senarai tajuk tugasan Multimedia dalam Bahasa (BBM3410) yang telah disiapkan oleh saya :
  1. BIODATA DIRI
  2. CERITA SOSIAL 1
  3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA
  4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK
  5. ASAS GRAFIK MUDAH
  6. ASAS GRAFIK WARNA
  7. ASAS GRAFIK TEKS
  8. ASAS GRAFIK KESESUAIAN
  9. ASAS GRAFIK KESEIMBANGAN
  10. MUGSHOT
  11. CLOSE UP
  12. CERITA SOSIAL 2
  13. TEORI STUBSS
  14. CELIK BAHASA ISYARAT
  15. BAHAN ASAS GRAFIK
  16. LONGSHOT
  17. MEDIUMSHOT
  18. POTRET
  19. PEMANDANGAN
  20. KABUR
  21. SILUET
  22. OVER THE SHOULDER
  23. PENDUA
  24. BIRD'S EYE VIEW
  25. PETA MINDA ASAS FOTOGRAFI
  26. ANALISIS CERITA SOSIAL
  27. DILEMA PENGEMBARA
  28. ASAS FOTOGRAFI
  29. NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK,1977)
  30. NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH,1995)
  31. NOTA FLATLAY
  32. INSTAGRAM
  33. TWITTER
  34. SIMPULAN BAHASA
  35. VIDEO SETEMPAT
  36. VLOG HARI RAYA
  37. STRATEGI KOMUNIKASI
  38. ONE SHOT
  39. BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)
  40. PANTUN 4 KERAT
  41. KESILAPAN
  42. KEMANUSIAAN
  43. PERUBAHAN
  44. KESEDARAN
  45. TEKA-TEKI
  46. VIDEO FOKUS
  47. VIDEO SERAM
  48. VIDEO TRAGEDI
  49. DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI
  50. ALAM SEKITAR
  51. KISAH SEDIH
  52. KEINDAHAN
  53. SUASANA
  54. MISTERI KOPI
  55. RESENSI BUKU
  56. TEMU BUAL
  57. SEPI

Saya, Siti Nur Hidayah binti Bahatin (203937) mengaku bahawa saya telah menyiapkan kesemua tugasan Multimedia dalam Bahasa (BBM3410) dengan lengkap dan sempurna untuk semester ini. Semoga setiap tugasan yang dilakukan ini memberi manfaat dan kebaikan kepada diri saya dan juga pembaca yang lain. Semoga kita semua sentiasa dilimpahi dengan keberkatan ilmu, rezeki yang halal dan kesihatan yang baik sepanjang masa. 

Terima kasih kepada Prof. Dr Normaliza Abd Rahim, pensyarah kursus Multimedia dalam Bahasa (BBM3410), ahli kumpulan saya (Diez) dan kawan-kawan sekelas yang lain yang banyak membantu dan memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang 14 minggu kuliah bersama. Terima kasih juga kepada semua pembaca blog saya. Tanpa ada, siapalah saya. 

Semoga kita semua berjaya dalam peperiksaan akhir nanti dan sampai bertemu lagi di semester akan datang, inshaAllah aminnn ❤️

Tuesday, 29 June 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 14 - SEPI (INSTAGRAM)

Sepi, sepi, sepi, sesepinyaaaaa

Dah baca perkataan pertama kan?! Kali ini, kami kena post satu gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan perkataan 'sepi'. Kenapa 'sepi' ? Entahlah, mungkin sebab lepas ni hidup akan jadi sepi sebab dah masuk minggu terakhir untuk semester ini!!! :( 

Nak tengok gambar 'sepi' dari saya? Okay jom terus ke bawah ya <3 

Kesepian tak bermakna semuanya akan berakhir! Bangun dan halau rasa sepi ini agar esok kehidupan akan menjadi lebih baik :) Hidup saya mungkin tak akan sepi sebab ada Mark Lee and the gang di sisi hehe

Ini pula 5 gambar 'sepi' dari 5 orang kawan yang telah saya komen! Jom kita tengok sama-sama.






Gambar 'sepi' di atas adalah gambar sepi dari Wawa, Anis, Hayati, Alin dan Zulaikha. Macam-macam jenis 'sepi' yang kawan-kawan saya alami ni, ada yang sepi sebab takda teman di sisi sampaikan ada yang sanggup nak berkawan dengan beruk tu fuhhh lain maciam punya 'sepi' ni. 

Apa-apa pun terima kasih kerana sentiasa rajin membaca setiap coretan di blog ini dari awal sampai la akhir. Akhir kata? Ya, tiada kata-kata lah tapi semoga situasi Covid di negara kita cepat pulih dan kami semua boleh kembali pulang ke UPM aminnnnn :)

Kehadiran : 


Ok ni akhir kata yang kedua hehe : syukur alhamdulillah selesai sudah semua tugasan untuk kursus Multimedia dalam Bahasa ni. Dah boleh berehat, yeyyyyy

Sunday, 27 June 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 14 - RESENSI BUKU

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.

Assalamualaikum! Jom buat resensi buku!! Eh tapi, resensi buku tu apa?! Ok meh sini saya beritahu apa itu resensi buku. Secara istilahnya, resensi adalah kupasan atau pembahasan tentang buku, filem atau drama yang biasanya diterbitkan atau dilakukan di media massa, majalah, blog, website atau sosial media. Jadi, dapat dikatakan bahawa resensi buku adalah aktiviti mengupas, mengevaluasi, mempertimbangkan, mengkritik, membedah dan memberi komen kepada sebuah buku. 

Kali ini, kami diminta umtuk membuat resensi buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi (Teori & Aplikasi). Maklum lah sekarang kan dah masuk Minggu 14, jadi elok lah kalau kami hasilkan resensi buku ini, boleh kami bincangkan serba sedikit tentang buku yang telah banyak membantu kami sepanjang semester ini. 

Sebelum saya menaip dengan lebih banyak, lebih baik saya selitkan video resensi buku yang telah hasilkan di bawah. Selamat menonton dan jangan lupa tinggalkan sedikit komen tau :P

Link : https://youtu.be/InjeqE6ECzc

Dapat disimpulkan daripada video resensi saya, buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi (Teori & Aplikasi) mempunyai 7 bab dan terbahagi kepada 2 bahagian, namun kedua-dua bahagian ini berkait rapat antara satu sama lain. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan buku yang sangat bermanfaat ini.

Terima kasih juga kepada semua yang membaca blog ini dan menonton video resensi dari saya. Jasamu ku kenang ~ 

Kehadiran : 

BBM3410 - 2021 - MINGGU 14 - TEMU BUAL

 Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 

Assalamualaikum! Wah, sedar tak sedar dah Minggu 14, maksudnya dah masuk minggu akhir untuk semester ini. Lepas ni cuti semester pula, alhamdulillah boleh la rehat sebentar daripada segala keserabutan tugasan sebelum semester baru bermula pada bulan 9 nanti. 

Okay, untuk Minggu 14 ini, kami diminta untuk menghasilkan satu video temu bual dan saya telah menemu bual seorang insan yang sangat dekat dengan saya!!! Nak tahu siapa??? Kena la tengok sendiri video tu!! hehe ok kat bawah ni saya selitkan video temu bual tersebut beserta pautan link sekali. Lepas dah tengok nanti, jangan lupa like dan komen ok :)

Link : https://youtu.be/1s_WsoEiFn8

Menarik kan topik yang kami bincangkan dalam video temu bual ini?! Taktahu la kenapa tapi orang selalu pandang serong dekat orang yang suka KPOP ni, tak semua la tapi kebanyakkannya begitu. Jadi sekarang, apa pendapat anda semua pula tentang isu ni??? Sudi-sudilah berkongsi dekat ruangan komen tu, apapun terima kasih kerana sudi membaca dan menonton video temu bual dari saya! 

Terima kasih juga kepada Mekyat kerana sudi ditemu bual oleh saya. Jasamu ku kenang, nanti saya belanja MCD okay :p

Kehadiran : 

Thursday, 24 June 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 13 - SUASANA (INSTAGRAM)

Assalamualaikum semua! 

Nak tahu apa posting di Instagram untuk Minggu ke-13 ni?! Ha cuba baca tajuk kat atas tu! Suasana riang ria, bergema sini sanaaa eh? Hahahaha bukan suasana hari raya tau tapi apa-apa gambar yang memberikan maksud 'suasana'. 

Jom tengok gambar 'suasana' dari saya!

Syahdu betul kapsyen kat ig tu, tapi ya begitulah :( Dah setahun lebih tak balik ke UPM, tak jumpa kawan-kawan, mestilah rindu kan :( Haih semoga situasi Covid ni semakin pulih dan kami semua boleh kembali pulang ke kampus, Insha-Allah Aminnn. 

Berikut pula antara 5 gambar kawan-kawan saya yang telah saya komen! Jom tengok sama-sama gambar 'suasana' dari mereka ❤️




Gambar 'suasana' yang dikongsikan di atas adalah gambar dari Intan, Alin, Fatehah, Akma dan Aida. Menarik betul kesemua 'suasana' yang digambarkan oleh mereka berlima ❤️

Itu sahaja perkongsian 'suasana' dari saya untuk minggu ini. Bertemu lagi pada perkongsian minggu hadapan, inshaAllah perkongsian yang terakhir sudah hehehe

Terima kasih! 

Bukti kehadiran : 


Tuesday, 22 June 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 13 - MISTERI KOPI

 Assalamualaikum semua pembaca setia blog saya! 

Wah, dah pukul 11.11 malam pun masih lagi nak update blog ke? Ha yalah sebab tadi baru ja lepas tengok 'Rancangan Sembang Tamu: Misteri Kopi', jadinya sekarang kita terus update la apa yang patut :)

'Rancangan Sembang Tamu: Misteri Kopi' sebentar tadi dikongsikan oleh Dr Aliaa Roslan. Beliau berkongsi yang beliau amat sukakan kopi dan hampir setiap hari beliau akan minum kopi. Rasa tak lengkap lah kalau sehari tak minum kopi ha gituuu. Beliau juga seorang yang suka mengembara dan tadi beliau ada beritahu yang beliau pasti akan mencuba kopi di setiap negara yang telah beliau lawati. Best kan jalan-jalan hirup kopi kat negara orang <3 

Haaa, kalau nak tahu dengan lebih lanjut perkongsian beliau tentang kopi ni, boleh la ke youtube DBP. Saya selitkan pautan video 'Rancangan Sembang Tamu: Misteri Kopi' di bawah ni ok!!



Nama akaun fb saya adalah Hidayah Bahatin:) 
Haaa, saya ada tanyakan satu soalan pada Dr Alia, dan semestinya Dr Alia telah pun menjawab soalan saya. 
Terima kasih Dr Alia!! 


Ini pula ada saya kongsikan antara kopi yang saya suka minum. Hipstur betul nama kopi kegemaran saya ni, macam orang tengah putus cinta pulaaa


Nak tahu kedai kopi kegemaran saya??? Ha dulu setiap kali outing sekolah menengah, saya akan ke Ngopi@Kangar ❤️ Kat Ngopi ni, bukan saja ada hidangkan pelbagai jenis kopi yang sedap, tapi juga ada sediakan bermacam-macam jenis roti yang fuhhh sangat menjilat jari.


Kalau nak meNgopi, kena la mai Perlis dulu! Nanti saya boleh bawakan, dan pastinya anda la yang kena belanja saya hehe

Terima kasih kerana sudi membaca. Ada masa nanti, jom la kita mengopi bersama.

Wednesday, 16 June 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 12 - KEINDAHAN (INSTAGRAM)


Dalam setiap keindahanselalu ada mata yang memandang. 
Dalam setiap kebenaranselalu ada telinga yang mendengar. 
Dalam setiap kasih, selalu ada hati yang menerima. 

Jadi pada minggu ini, ayuhlah kita memandang foto-foto keindahan yang telah dikongsikan oleh saya dan kawan-kawan yang lain di akaun instagram kami ❤️

Keindahan dari saya


Perjalanan kehidupan yang dipenuhi dengan suka duka bersama orang-orang tersayang adalah satu kenangan indah yang takkan mampu dilupakan.




Haaa, ini 5 foto keindahan dari Alin, Afiah, Anis, Adreana & Akma yang telah saya komen! 
Pendefinisian 'keindahan' itu sangat luas dan semestinya berbeza bagi setiap orang. Apa-apa pun nikmatilah setiap keindahan yang dimiliki sekarang jika tak mahu rasa menyesal dan berduka di kemudian hari. 

Terima kasih kerana setia membaca :)

Kehadiran : 


Wednesday, 9 June 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 11 - KISAH SEDIH (FACEBOOK)

 Anda rasa anda terlalu gembira? Inginkan sedikit cerita sedih untuk buatkan air mata jantan anda gugur ke bumi? 

Ni saya ada sediakan 6 cerita sedih yang boleh buatkan anda menangis teresak-esak, ada juga cerita sedih yang mampu buatkan anda ketawa. Jom kita baca bersama-sama cerita sedih dari saya dan kawan-kawan yang lain!

Kisah komedi-sedih dari saya 😭


Di bawah pula saya selitkan 5 cerita sedih dari kawan-kawan saya. Saya ada berikan sedikit komen pada mereka supaya mereka kekal semangat, terus kuat dalam menghadapi apa jua perkara yang mereka sedang hadapi sekarang. 
Jom kita baca! 

Cerita sedih Madihah : 


Cerita sedih Hayati : 


Cerita sedih Najwa : 


Cerita sedih Adreana : 


Cerita sedih Zulaikha : 


Cerita sedih siapa yang paling menyedihkan??!! Cerita sedih yang kami kongsikan ni semuanya berdasarkan cerita yang sebenar tau! Bukan rekaan semata-mata. Semoga anda semua tak perlu melalui kesedihan yang sama seperti kami semua. Tapi kalau ada yang bersedih dan bersimpati dengan kisah sedih saya, bolehla roger nanti saya bagi no akaun bank hukhuk maklumla nak kena beli laptop baru kan 🥲

Sekian itu sahaja untuk kali ini, terima kasih!

BBM3410 - 2021 - MINGGU 11 - ALAM SEMULA JADI (TWITTER)

 Assalamualaikum! 

Sebut ja perkataan alam semula jadi, apa benda pertama yang terlintas di fikiran anda???!!! Lautan yang membiru, gunung-ganang tinggi melangit, kehijauan flora dan fauna haih banyak kan benda yang kita terbayang setiap kali dengar perkataan alam semula jadi ni! 

Jadi, untuk tugasan Minggu 11, saya dan kawan-kawan yang lain perlu buat bebenang tentang alam semula jadi. Jom sama-sama tengok bebenang alam semula jadi dari kami!

Ni bebenang alam semula jadi dari saya 💚



Berikut pula antara 5 bebenang dari kawan-kawan saya yang telah saya komen. Jom kita tengok bersama-sama!




Bebenang di atas adalah bebenang dari Najihah (Oren), Hana, Akma, Alin dan Najeehah (Jack). Kalau nak baca dengan lebih lanjut bebenang dari mereka berlima, boleh la pergi ke akaun burung biru mereka! 

Itu saja perkongsian tentang alam semula jadi dari saya dan kawan-kawan. Terima kasih kerana sudi membacaaa 🍃💚

Tuesday, 8 June 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 11 - DRAMA KOREA : REALITI ATAU FANTASI


Link : https://youtu.be/zNx2BjyJmlA

Sembang Tamu : Drama Korea, Realiti atau Fantasi? 

Fuh sekali baca tajuk pun dah boleh agak yang perkongsian oleh Prof. Dr Normaliza ni sangat menarik! Siapa ja tak suka drama korea kan?! Saya sendiri pengemar drama korea dan drama korea pertama yang membuatkan saya jatuh sampai tak boleh nak bangun dah adalah Heartstring! Rasanya waktu tu baru umur 11 tahun kot tapi dok angau teruk dekat si YongHwa 😍 Lepas si YongHwa, saya beralih ke LeeMinHo pulak haih ni semua sebab drama Boy Over Flowers tu, rambut kerinting pun kemain masih kacak menawan ye. Alhamdulillah sekarang saya setia pada LeeJongSuk 😗 (padahal dalam hati ada banyak lagi oppa korea lain huhu) 

Okay² kembali kepada perkongsian Prof dalam 'Rancangan Sembang Tamu : Drama Korea, Realiti atau Fantasi?' ini, Prof ada kongsikan beberapa drama yang telah ditonton oleh beliau dan semestinya kebanyakkan drama tersebut juga telah saya tonton! #PeminatTegarDramaKoreaDuluKiniDanSelamanya! 

Selain itu, saya dan kawan-kawan yang lain ada bertanyakan soalan dan ada juga yang berkongsikan pendapat masing-masing mengenai drama korea ini. Kalau nak tahu apa yang kami bertanya dan berkongsi, ha boleh la tengok sendiri 😛 Link youtube saya dah bagi kat atas tu! Tengok drama korea rajin, takkan la nak tengok perkongsian ringkas dan menarik dari Prof ni tak rajin pulak kan?! 

Okay dah pergi tengok sekarang! 

Facebook : 


Twitter : 


Instagram : 


Berikut merupakan gambar bukti perkongsian yang telah saya lakukan di media sosial sebelum program bermula beserta soalan dan komen tentang program semasa dan selepas program bermula!

Thursday, 3 June 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 10 - KESEDARAN (TWITTER)

 Assalamualaikum! 

Untuk minggu 10, kami diminta untuk tweet tentang 'kesedaran'. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing kan?! Jadi, jom kita tengok tweet 'kesedaran' dari saya dan kawan-kawan yang lain. 

Ini tweet 'kesedaran' saya!


Seperti biasa, kami kena beri komen/pendapat pada tweet kawan-kawan yang lain. Di sini saya selitkan tweet 5 orang kawan yang telah saya beri komen/pendapat.




Itu sahaja tweet 'kesedaran' dari saya dan 5 rakan yang lain. Kalau nak tengok lebih banyak tweet 'kesedaran' yang lain, bolehlah jenguk ke akaun burung biru kami. 

Terima kasih!

Kehadiran :