Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Assalamualaikum! Jom buat resensi buku!! Eh tapi, resensi buku tu apa?! Ok meh sini saya beritahu apa itu resensi buku. Secara istilahnya, resensi adalah kupasan atau pembahasan tentang buku, filem atau drama yang biasanya diterbitkan atau dilakukan di media massa, majalah, blog, website atau sosial media. Jadi, dapat dikatakan bahawa resensi buku adalah aktiviti mengupas, mengevaluasi, mempertimbangkan, mengkritik, membedah dan memberi komen kepada sebuah buku.
Kali ini, kami diminta umtuk membuat resensi buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi (Teori & Aplikasi). Maklum lah sekarang kan dah masuk Minggu 14, jadi elok lah kalau kami hasilkan resensi buku ini, boleh kami bincangkan serba sedikit tentang buku yang telah banyak membantu kami sepanjang semester ini.
Sebelum saya menaip dengan lebih banyak, lebih baik saya selitkan video resensi buku yang telah hasilkan di bawah. Selamat menonton dan jangan lupa tinggalkan sedikit komen tau :P
Link : https://youtu.be/InjeqE6ECzc
Dapat disimpulkan daripada video resensi saya, buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi (Teori & Aplikasi) mempunyai 7 bab dan terbahagi kepada 2 bahagian, namun kedua-dua bahagian ini berkait rapat antara satu sama lain. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan buku yang sangat bermanfaat ini.
Terima kasih juga kepada semua yang membaca blog ini dan menonton video resensi dari saya. Jasamu ku kenang ~
Kehadiran :
No comments:
Post a Comment