Friday 21 May 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 8 - ONE SHOT - DIEZ

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum! Apa khabar semua?! Harapnya semua yang membaca penulisan ini berada dalam keadaan sihat sejahtera saja. 

Penulisan hari ini adalah tentang video one shot yang telah dihasilkan oleh Kumpulan Diez. Kali ini, Diez telah dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil kerana kami perlu melakukan 3 video one shot. 

  1. One shot one layer : Video one shot one layer dirakam tanpa menggerakkan alat perakam video, dan melibatkan mimik nyanyian individu atau kumpulan. Video one shot one layer ini tidak memerlukan sebarang suntingan kecuali pada bahagian kredit. 
  2. One shot two layer : Dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian, dan kebiasaannya mengandungi jalan cerita tentang lagu yang dinyanyikan. 
  3. One shot three layer : Terdapat 3 lapisan dalam video one shot three layer ini, yang melibatkan lapisan nyanyian, lakonan dan lapisan pergerakan.

Berikut merupakan video yang telah kami hasilkan. Selamat menonton!

One shot one layer (Adreana, Hayati & Hidayah) :

One shot two layer (Akma, Anis & Hapizah) :

One shot three layer (Adhlin, Adilla, Afiah & Vivian) :

Menarik kan kesemua video yang dihasilkan oleh Diez??!! Saya pun tak sangka yang kesemua ahli Diez sangat lah kreatif, bermula daripada proses perkongsian idea, sehinggalah terhasilnya 3 video yang sangat menarik ini, kesemuanya dilakukan bersama-sama walaupun kami semua tinggal berjauhan antara satu sama lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan ketiga-tiga video ini. Jasamu ku kenang ~ 

Jangan lupa like, komen dan share the luvvvv <3 dan terima kasih juga kepada anda semua kerana sudi menonton video menarik tertarik kau memang deboom dari Diez!!! 

No comments:

Post a Comment