Wednesday, 7 April 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 3 - CERITA SOSIAL 2

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 

RUMUSAN CERITA SOSIAL 2

Rumusan ini menerangkan tentang sifat kebaikan keluarga Alim yang suka berkongsi sesuatu dengan semua orang. Ayah Alim membeli pelbagai jenis buah-buahan dari pasar tani kerana dia tahu bahawa anak dan isterinya suka makan buah-buahan. Setibanya di rumah, Abang Imran berasa gembira melihat kepulangan ayahnya bersama pelbagai jenis buah-buahan di tangan. Lalu, Ayah menyuruh Abang Imran untuk memanggil ibu serta adik-adiknya yang lain untuk makan bersama. Hal ini kerana mereka telah diajar untuk berkongsi dan tidak berebut-rebut akan sesuatu. Tambahan pula, aktiviti makan bersama keluarga mampu mengeratkan lagi hubungan dalam sesebuah keluarga tersebut.

Ibu juga ada menyediakan sebuah bakul sampah di sekitar tempat mereka makan buah-buahan trsebut untuk memastikan mereka membuang sisa daripada buah-buahan tersebut ke dalam bakul sampah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa keluarga Alim juga sangat mementingkan kebersihan diri, rumah dan kawasan sekitarnya. Malahan, setelah selesai makan buah-buahan, Alim dan adik-beradiknya yang lain turut membantu ibu mereka mengemas kawasan rumah dan membawa sisa buah-buahan tersebut ke tong sampah yang besar di luar rumah. Mereka sentiasa tolong menolong antara satu sama lain kerana telah diajar untuk bersikap sedemikian sejak kecil lagi. Sikap mereka yang amat mementingkan kebersihan sesuai dengan sebuah pepatah iaitu, persekitaran yang bersih menjamin pertumbuhan yang sihat. 

Alim juga ada menunjukkan sifat suka berkongsi dalam cerita sosial 2 ini. Alim meminta izin untuk memberi sedikit buah-buahan kepada kawannya, Sulaiman. Alim mempelajari sikap suka berkongsi ini daripada kakak dan abangnya yang sentiasa berkongsi dan membenarkan Alim untuk bermain dengan barangan dan mainan mereka. Alim jadi terikut dengan sikap yang baik ini. Benarlah kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Setiap perkara baik akan menjadi ikutan orang yang melihatnya, demikian jugaklah sikap Alim yang terikut melakukan kebaikan setalah melihat sikap kakak dan abangnya.

Setelah mendapat keizinan dari Ibu, Alim terus ke rumah Sulaiman untuk berkongsi buah-buahan tersebut. Sulaiman sedang membasuh basikal kecilnya dan terus menyambut kedatang Alim dengan rasa gembira. Alim dan Sulaiman merupakan kawan rapat kerana mereka berjiran dan sering bermain bersama. Sulaiman berasa sangat gembira menerima buah-buahan dari Alim sehinggakan dia tersenyum riang. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana dia berasa sangat terharu dengan sikap baik hati Alim yang berkongsi buah-buahan tersebut dengannya.

Selain itu, Alim juga terserempak dengan Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu sampah di halaman rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah berasa bangga melihat sikap Alim yang baik dan suka berkongsi rezeki dengan orang lain walaupun Alim masih kecil. Alim memberitahu bahawa dia sukakan akan kaluarga Mak Cik Timah kerana mereka juga baik terhadap dirinya. Mak Cik Timah menganggap Alim sebagai seorang anak yang baik dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup Alim dan keluarganya.

Dapat dilihat disini bahawa Alim telah diajar dan belajar untuk berkongsi rezeki dengan sesiapa sahaja. Hal ini kerana, tidak semua orang mampu memiliki sesuatu jadi sesiapan yang mampu dan berupaya, mestilah sentiasa berkongsi dengan orang lain. Secara tidak langsung, hubungan antara si pemberi dan penerima akan semakin erat. Jelas di sini menunjukkan yang Sulaiman dan Mak Cik Timah amat sayang akan Alim kerana sikapnya yang baik hati dan suka berkongsi. Keluarga Alim adalah sebuah keluarga yang baik kerana mereka tidak lokek untuk berkongsi dengan orang lain malahan ibu bapa Alim telah memberi tunjuk ajar yang baik kepada Alim dan adik-beradiknya yang lain. 




2 comments: