Tuesday 22 June 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 13 - MISTERI KOPI

 Assalamualaikum semua pembaca setia blog saya! 

Wah, dah pukul 11.11 malam pun masih lagi nak update blog ke? Ha yalah sebab tadi baru ja lepas tengok 'Rancangan Sembang Tamu: Misteri Kopi', jadinya sekarang kita terus update la apa yang patut :)

'Rancangan Sembang Tamu: Misteri Kopi' sebentar tadi dikongsikan oleh Dr Aliaa Roslan. Beliau berkongsi yang beliau amat sukakan kopi dan hampir setiap hari beliau akan minum kopi. Rasa tak lengkap lah kalau sehari tak minum kopi ha gituuu. Beliau juga seorang yang suka mengembara dan tadi beliau ada beritahu yang beliau pasti akan mencuba kopi di setiap negara yang telah beliau lawati. Best kan jalan-jalan hirup kopi kat negara orang <3 

Haaa, kalau nak tahu dengan lebih lanjut perkongsian beliau tentang kopi ni, boleh la ke youtube DBP. Saya selitkan pautan video 'Rancangan Sembang Tamu: Misteri Kopi' di bawah ni ok!!



Nama akaun fb saya adalah Hidayah Bahatin:) 
Haaa, saya ada tanyakan satu soalan pada Dr Alia, dan semestinya Dr Alia telah pun menjawab soalan saya. 
Terima kasih Dr Alia!! 


Ini pula ada saya kongsikan antara kopi yang saya suka minum. Hipstur betul nama kopi kegemaran saya ni, macam orang tengah putus cinta pulaaa


Nak tahu kedai kopi kegemaran saya??? Ha dulu setiap kali outing sekolah menengah, saya akan ke Ngopi@Kangar ❤️ Kat Ngopi ni, bukan saja ada hidangkan pelbagai jenis kopi yang sedap, tapi juga ada sediakan bermacam-macam jenis roti yang fuhhh sangat menjilat jari.


Kalau nak meNgopi, kena la mai Perlis dulu! Nanti saya boleh bawakan, dan pastinya anda la yang kena belanja saya hehe

Terima kasih kerana sudi membaca. Ada masa nanti, jom la kita mengopi bersama.

No comments:

Post a Comment