Wednesday 24 March 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 1A


Assalamualaikum dan hai semua!

Fuh pertama kali nak cuba menulis blog ni. Dulu ada la jugak niat nak menulis blog tapi sekadar niat jalah dan akhirnya terus menyepi. Okay, jom berkenalan dengan orang baru dalam dunia 'blogging'! >.<


Nama diberi Siti Nur Hidayah binti Bahatin tapi kawan-kawan biasa memanggil saya dengan panggilan Dayah sebab lebih pendek katanya. Ada yang lagi malas, mereka cuma panggil Yah sahaja. Saya berasal dari negeri Perlis Indera Kayangan, negeri terhijau dan terkecil di Malaysia! Saya merupakan pelajar tahun kedua di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu.
Oh ya, nombor matrik saya 203937! 

Saya merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradik dan mempunyai dua orang KAKAK ??!! Kalau orang lain mesti mereka suka kalau ada kakak atau adik perempuan tapi tidak bagi saya sebab kami sering bergaduh!! Pantang bersua muka mesti ada ja yang tak kena, perang mulut tu huh tak tahu la nak cakap macam mana... Orang cakap, gaduh tu tanda sayang, jadi kami bergaduh untuk menunjukkan yang kami sayang antara satu sama lain HAHAHAHA

Di sekitar kawasan rumah ni, saya tak ada banyak kawan sebab dulu sekolah SBP. Orang cakap budak SBP ni takdak kawan kat rumah tapi banyak kawan di sekeliling Malaysia, dan saya setuju dengan pernyataan ni sebab saya antara salah seorang insan yang takdak kawan di rumah :( Walaupun takdak kawan kat rumah, tapi saya ada Ajib dan Adi si peneman setia di kala kebosanan. Ingat?! Saya anak bongsu jadi Ajib dan Adi ni bukan adik-adik saya tau. Ajib dan Adi ni haiwan peliharaan keluarga saya. Haiwan apa?? Ha, biarlah rahsia...

Bila orang tanya saya nak kerja apa bila dah habis belajar nanti, saya tak boleh jawab soalan ni. Bukan sebab tak ada cita-cita tapi perancangan hidup saya adalah untuk belajar belajar dan belajar lagi. Kalau asyik belajar ja macam mana nak kerja kan? Tapi takpalah, mana tahu perancangan masa depan saya akan berubah nanti jadi, 

JOM SEMUA DOAKAN YANG BAIK-BAIK SAJA UNTUK KEJAYAAN HIDUP SAYA DULU KINI DAN SELAMANYA, INSHALLAH :) 

Sekian, serba-serbi pengenalan tentang diri saya. Terima kasih kerana sudi membaca!


7 comments:

  1. Replies
    1. dekat phone nampak okeh, kat laptop pecah sikit tapi takpalah huhu

      Delete
    2. cantikkk..tepi pantai..nampak stress free

      Delete
    3. hehe jom minum kopi wasilewski

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete