Wednesday 7 April 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 3 - CELIK BAHASA ISYARAT

 


KREDIT DBP

LINK : https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24

Pengisian yang dikongsikan oleh Prof Dr Normaliza Abd. Rahim dalam Rancangan Sembang Tamu ‘Celik’ Bahasa Isyarat ini sangat menarik kerana beliau berkongsi tentang bagaimana beliau terdetik untuk mula belajar bahasa isyarat. Beliau mula terdetik untuk belajar bahasa isyarat ketika beliau ternampak sekumpulan remaja menggunakan bahasa isyarat di sebuah pusat membeli-belah, namun pada ketika itu beliau tidak dapat memahami apa yang dikatakan oleh mereka. Peristiwa itulah yang menjadi titik permulaan buat beliau untuk mula belajar bahasa isyarat dan pada peringkat awalnya, beliau hanya mempelajarinya melalui Twitter sahaja. Bagi beliau, umur tidak menjadi penghalang untuk beliau belajar bahasa isyarat, kerana perkara yang terpenting adalah minat dan usaha. Jika ada minat, tetapi tiada usaha, maka tiada gunanya juga.

Selain itu, Prof Dr Normaliza Abd. Rahim juga ada berkongsi tentang kelebihan mempelajari bahasa isyarat ini. Kita bukan sahaja mampu untuk memahami apa yang dituturkan oleh golongan yang menggunakan bahasa isyarat ini, malahan kita juga mampu untuk berkomunikasi bersama mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan kita peluang untuk memahami perasaan mereka serta mereka juga tidak akan berasa seperti dipinggirkan. Bahasa isyarat juga boleh dikatakan sebagai bahasa universal yang mana hampir setiap negara menggunakan sistem bahasa isyarat yang sama. Jadi, jika kita tidak mahir berbahasa Inggeris, kita boleh menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi ketika melancong ke negara luar.

Prof Dr Normaliza Abd. Rahim juga ada mencadangkan agar bahasa isyarat ini boleh dijadikan sebagai salah satu kursus wajib di sekolah atau universiti. Sebagaimana pihak sekolah dan universiti menawarkan bahasa Jepun, bahasa Arab dan bahasa Korea sebagai subjek pilihan, begitulah jugak bahasa isyarat yang boleh dijadikan salah satu subjek pilihan. Hal ini adalah untuk menunjukkan betapa pentingnya bahasa isyarat dalam kehidupan kita semua.

Berikut merupakan serba serbi perkongsian daripada Prof Dr Normaliza Abd. Rahim dalam rancangan Sembang Tamu ‘Celik’ Bahasa Isyarat. Anda boleh menonton video yang disediakan di atas untuk lebih memahami dan mendalami tentang kepentingan dan kelebihan mempelajari bahasa isyarat. Terima kasih kerana sudi membaca. 



BUKTI KEHADIRAN 



1 comment: