Assalamualaikum dan hai semua! Ha macam biasalah kalau nampak posting blog ini, maksudnya ada lah tugasan baru yang perlu dilakukan :D Minggu ni saya dan kawan-kawan perlu melakukan tugasan berkumpulan, yey akhirnya Diez kembali beraksi!!!
Kami diminta untuk mencari 20 simpulan bahasa, dan yang paling mencabar, kami perlu pastikan simpulan bahasa yang dipilih oleh kumpulan kami tidak sama dengan kumpulan lain. Nak dijadikan cerita jumlah pelajar untuk kelas kami adalah seramai 70 orang, jadi kami perlu pastikan kesemua 140 simpulan bahasa yang dipilih tidak sama antara satu sama lain. Fuh lain macam punya susah tugasan kali ni :( Bukan sahaja perlukan penelitian yang sangat teliti, tapi juga perlukan semangat kerjasama dengan kawan-kawan yang lain.
Alhamdulillah, berbekalkan semangat kerjasama yang tinggi antara kami semua, akhirnya kami berjaya memastikan kesemua 140 simpulan bahasa ini tidak sama atau bertindih dengan yang lain. Berikut merupakan 20 simpulan bahasa yang telah dipilih oleh Kumpulan Diez :
1. Bekas tangan
2. Darah daging
3. Darah gemuruh
4. Darah panas
5. Darah manis
6. Darah muda
7. Anak bapa
8. Hati batu
9. Bunga dedap
10. Buruk hati
11. Hati ayam
12. Angkat tangan
13. Mati akal
14. Buta huruf
15. Durian runtuh
16. Dalam tangan
17. Ikat perut
18. Buruk laku
19. Lapang dada
20. Berat badan
Lupa pulak nak bagi tahu apa yang perlu dilakukan dengan simpulan bahasa ni. Jadinya, setiap seorang perlu memilih 2 simpulan bahasa dan kami perlu mengambil gambar yang menampakkan maksud simpulan bahasa di atas. Setiap gambar yang diambil ini berdasarkan kreativiti masing-masing, dan kami perlu masukkan kesemua gambar ini ke dalam videooo.
Video di bawah merupakan video yang telah diihasilkan oleh kumpulan kami, iaitu Kumpulan Diez!! Selamat menonton!!!
Ha!! Menarik kan video yang kami hasilkan??!! Kesemua gambar yang diambil oleh ahli kumpulan saya juga sangat menarik dan menampakkan maksud sebenar simpulan bahasa tersebut. Sekali pandang saja dah tau apa maksudnya kan??!! Harapnya video simpulan bahasa yang kami hasilkan ini bermanfaat buat semua, dan mampu menambahkan lagi glosari simpulan bahasa yang hampir karat dalam diri kita semua hehe
Terima kasih kerana sudi membacaaa <3
No comments:
Post a Comment