Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum semua?! Apa khabar??? Harapnya semua orang berada dalam keadaan sihat walafiat sahaja. Makin hari kes Covid-19 makin bertambah dan hari ni dah mencapai angka 9k... haih tolong jaga diri masing-masing tau! Keluar rumah bila betul-betul sahaja! Janganlah kita memperjudikan nyawa sendiri, keluarga dan orang terdekat kita 😭
Okay jom kita mulakan tentang tugasan video kali ini! Seperti mana tajuk di atas, kali ini Diez kena buat video seram pulak. Aduh!! Macam mana la nak rakam video seram kalau sorang duk di Utara, sorang kat Timur, sorang lagi kat Borneo sana 🥲 Tapi tu semua bukan penghalang untuk kami tau, bak kata orang bercinta, jarak bukanlah penghalang, acewahhh
Nak tahu apa yang Diez lakukan untuk hasilkan video seram ni? Okay mulanya kami adakan perbincangan dalam kumpulan ws untuk menjana idea dan selepas 30 minit berbincang, kami berjaya mendapat satu idea yang menarik dan senang untuk dilakukan oleh kami semua. Maklumlah, tengah PKP kan, nak keluar merakam kat kubur pun tak boleh :O Ideanya, kami semua akan menonton satu movie seram bersama-sama, pastu ada la yang cakap besar cakap "tak takut pun", "biasa jeee", ha lepastu ambik koooo semua kena kacau baru nak gelabah!
Malas la nak cakap banyak, apa kata pergi tengok video seram yang kami dah hasilkan ni. Selamat menonton!
No comments:
Post a Comment