ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA
Asas grafik adalah perkara yang penting untuk diketahui oleh para pengguna bahan yang mengandungi grafik. Grafik adalah maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambarajah, simbol dan sebagainya. Terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Setiap elemen ini seharusnya berada dalam foto, poster atau video namun tidak semua elemen grafik perlu ada dalam bahan tersebut tetapi sekurang-kurangnya terdapat lebih daripada dua elemen dalam bahan tersebut.
ELEMEN ASAS GRAFIK
Terdapat lima elemen asas grafik iaitu:
1. Mudah - Bahan yang mudah difahami oleh seseorang tanpa sebarang kekeliruan serta mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dengan mudah. Contoh:
Sumber: Google Image
Gambar sebiji kek hari lahir ini amat mudah untuk difahami kerana sesiapa sahaja yang melihat kek ini akan tahu bahawa kek hari lahir ini digunakan untuk menyambut hari lahir seseorang.
2. Warna - Warna didefinisikan sebagai sebagai kombinasi warna atau satu warna dalam foto atau video. Kombinasi warna yang paling baik adalah kombinasi yang tidak melebihi daripada tiga warna. Pemilihan warna yang sesuai bergantung kepada objektif yang ingin disampaikan. Contoh:
Sumber: Gambar Sendiri
Sekeping foto sekumpulan pelajar berbaju hijau berada di tepi sungai. Terdapat juga pokok yang kehijauan dan batuan yang berwarna hitam. Gambar ini sangat menarik kerana mempunyai gabungan tiga warna yang sesuai iaitu hijau, coklat dan hitam.
3. Teks - Teks merujuk kepada jenis dan saiz font yang sesuai untuk digunakan supaya mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dengan jelas. Kandungan dalam teks juga perlu dititikberatkan untuk memastikan maksud sebenar yang ingin disampaikan dapat difahai dengan betul. Contoh:
Sumber: Google Image
Gambar ini menunjukan iklan air berkarbonat Sprite yang disertai dengan teks 'Nyatanya Nyegerin' dan ini menunjukkan penggunaan font dan teks yang sesuai dapat menarik minat orang untuk membeli air berkarbonat ini.
4. Kesesuaian - Kesesuaian dalam grafik bermaksud kesesuaian pada latar tempat, masa dan watak. Watak, masa dan latar tempat perlulah berkait antara satu sama lain untuk menunjukkan kesesuaian dalam bahan grafik tersebut. Contoh:
Sumber: Google Image
Gambar tiga orang kanak-kanak berbaju kurung dan berbaju melayu bersama datuk dan nenek mereka ketika Hari Raya Aidilfitri. Mereka sedang menjamu selera di pagi raya dengan penuh rasa gembira. Gambar ini menunjukkan kesesuaian kerana berada dalam suasan yang gembira di hari raya.
5. Keseimbangan - Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang kosong dalam grafik. Ruang dalam grafik yang kosong mesti seimbang kiri-kanan dan atas-bawah. Ruang dalam grafik tersebut mesti sama berat pada kedua-dua bahagian kiri-kanan dan atas-bawah. Keseimbangan juga dapat diterima jika grafik tersebut dapat dilihat dengan baik. Contoh:
Sumber: Google Image
Ruang sebelah kiri gambar tersebut mempunyai sebalang cookies manakala ruang sebelah kanan pula mempunyai tulisan 'cookies lembut gak bikin paper'. Gambar ini memenuhi elemen keseimbangan kerana kesemua ruang kiri-kanan dan atas-bawah adalah seimbang.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.
Wahh menarik dan mudah difahami
ReplyDeleteTerima kasih cik melati!!
Delete