Eh?! Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Okay post kali ini sama seperti post yang lepas cuma untuk post ini, kami kena buat akaun burung biru (twitter) pula. Sebenarnya, saya dah ada 2 akaun twitter sebelum ini, akaun pertama adalah akaun peribadi saya tapi saya tak terlalu aktif di akaun ini kerana saya lebih aktif di akaun kedua iaitu akaun kpop saya hehehe :D Jadi, untuk tugasan ini, saya buat akaun baru yang khas untuk subjek Multimedia sahaja, barulah tak bercampur-aduk dengan hal peribadi dan hal kpop saya yang lain hehe. Kalau nak follow, boleh lah pergi ke ---> @dayah_nan ! Lepas dah follow nanti, pastikan retweet (rt) dan like semua tweet saya tau!!
Bagi tugasan di twitter ini, saya dan kawan-kawan yang lain diminta tweet mengenai 'nilai estetika/estetika/estetik'. Tweet kedua perlu dibuat selang 5 hari daripada tweet pertama. Jom kita tengok tweet pertama saya mengenai 'nilai estetika/estetika/estetik' ini!
Tweet Pertama : 22 April 2021
Okay inilah tweet pertama saya mengenai 'nilai estetika/estetika/estetik'. Secara jujurnya, saya tidak pasti apa yang perlu di tweet buat kali pertama ini, jadi saya rasa eloklah jika saya berikan pendefinisian 'estetika' sebagai pengenalan terlebih dahulu :p
Kami juga diminta untuk rt tweet kawan-kawan yang lain, sebagai tanda untuk memberi sokongan kepada mereka. Jadi disini saya selitkan 10 orang kawan yang telah saya rt tweet mereka!
Dapat kita lihat disini, kawan-kawan saya juga ada berikan pendefinisian 'nilai estetika/estetika/estetik'. Alhamdulillah, makin bertambah lah ilmu kita semua mengenai 'nilai estetika/estetika/estetik' ini kan :D
Selang 5 hari daripada tweet pertama, kami perlu tweet tentang 'nilai estetika/estetika/estetik' lagi sekali. Jom kita tengok tweet kedua saya dan tweet kedua kawan-kawan saya yang telah saya rt!
Tweet Kedua : 27 April 2021
Alhamdulillah, saya dah lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan 'nilai estetika/estetika/estetik'. Jadi, untuk tweet kedua ini saya ada sertakan pendefinisian estetika dari aspek agama, dan ada juga saya selitkan gambar penanda buku tulisan khat (yang bertulis Siti Nur Hidayah), sebagai contoh seni kecantikan dalam agama Islam.
Berikut pula merupakan tweet kedua dari kawan-kawan saya yang telah saya rt :)
Wah, cantik betul semua gambar yang kawan-kawan saya selitkan dalam tweet mereka ini. Rasanya pemahaman kami semua mengenai 'nilai estetika/estetika/estetik' ni makin meluas ya. Syukur alhamdulillah <3
Rasanya cukuplah setakat disini sahaja perkongsian saya pada minggu ini. Harapnya perkongsian kali ini bermanfaat buat semua yang sudi membaca, insha-Allah. Ha! Jangan lupa untuk follow, rt dan like tweet-tweet dari kami ya!
Terima kasihhh :)
No comments:
Post a Comment