Saturday 29 May 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 10 - VIDEO FOKUS - DIEZ

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum! Tugasan video kali ni berkaitan dengan video fokus pulak. Tapi video fokus tu apa?! Bukan semua video tergolong dalam video fokus kah? Ha, tak sebenarnya! Meh sini saya bagitau apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan video fokus. 

Video fokus adalah video yang memberi tumpuan pada satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita dan membuatkan penonton berfikir. Video fokus ni tak melibatkan wajah tau, dan memerlukan penyuntingan yang baik supaya video tersebut jelas dan mudah difahami.  

Ha, dah faham kan apa sebenarnya video fokus ni?! Sekarang, jom fokus tengok video fokus yang telah dihasilkan oleh Diez. Selamat menonton! 

Link : https://youtu.be/5gRH9AB4_4Q

Agak-agak boleh teka tak apa benda yang ingin kami fokuskan lepas tengok video tu??? Ha betul!!! Fokus utama kami adalah wang kertas rm50 tu! Saya yakin semua orang dapat faham apa yang ingin kami sampaikan melalui video tersebut. 

Idea untuk membuat video fokus yang berfokus pada duit ni adalah idea daripada Anis dan dipersetujui oleh kesemua ahli Diez sebab kami sedar betapa bernilainya wang kertas rm 50, dan betapa bernilainya jugak kasih sayang ibu dan bapa.... 

Terima kasih kepada Anis kerana berjaya menjadi seorang pelakon yang sangat hebat dalam video ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan video fokus ini dan paling penting terima kasih kepada Diez!! 

Terima kasih juga kepada anda semua kerana sudi menonton video fokus dari Diez ❤️ Diharapkan anda semua memperoleh pengajaran daripada video fokus yang telah kami hasilkan ini. 

Kehadiran : 


No comments:

Post a Comment