Wednesday, 31 March 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 2 - PENDEKATAN ANALISIS WACANA


 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 

Huraian: 

Pra-andaian adalah perkara yang diandaikan terlebih dahulu sebelum memulai sesuatu perkara atau tindakan. Pra-andaian dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu intuisi dan konteks. Intuisi adalah gaya atau kebolehan memahami sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar. Intuisi juga digelar sebagai gerak hati. Konteks pula adalah adalah idea yang digunakan dalam bahasa sains (linguistik , sosiolinguistik , analisis wacana dan semiotik) dan ianya dianalisis dari aspek penerimaan atau penegasan, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

Emosi adalah perasaan kuat yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi juga merujuk kepada reaksi positif atau negatif terhadap seseorang atau peristiwa. Emosi positif dan emosi negatif yang bercampur akan dipanggil sebagai emosi campuran. Emosi positf dapat ditunjukkan ketika gembira, teruja, seronok dan bahagia. manakala, emosi negatif pula dapat ditunjukkan ketika sedih, marah, terluka dan sengsara. Emosi yang berbeza adalah disebabkan oleh perangai, personaliti, mood dan motivasi seseorang individu yang berbeza dengan individu lain. 

Nilai dan budaya sangat bermakna dalam masyarakat kerana berkait dengan norma, adat dan praktik kehidupan. Setiap diri dan masyarakat memainkan peranan penting dalam mengekalkan nilai dan budaya sesuatu adat. Antara nilai positif yang perlu ada dalam diri, masyarakat dan adat adalah nilai jujur, kasih sayang, berdikari, hemah, hormat -menghormati, keadilan kebebasan dan banyak lagi. Kewujudan nilai dan budaya ini akan menjadikan sesebuah masyarakat itu dipandang tinggi oleh masyarakat lain.

Bahasa adalah alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan oleh alat ucapan manusia. Bahasa boleh dilihat dalam tiga kategori iaitu bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa ketiga. Bahasa juga boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu bahasa formal (bahasa yang digunakan pada situasi formal atau rasmi, contohnya bahasa baku dan bahasa istana) dan bahasa tidak formal (bahasa yang digunakan pada situasi tak rasmi, contohnya bahasa slanga). Kesalahan bahasa juga dianalisis supaya setiap kesalahan dapat dibetulkan agar tidak timbul sebarang kecelaruan. Linguistik (bahasa) pula dianalisis untuk memastikan setiap huraian yang ditulis adalah tepat dan jelas. 

Inferens adalah sebab sesuatu perkata itu terjadi berdasarkan apa yang telah kita perhatikan. Inferens terdiri daripada tiga aspek utama iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap aspek ini perlu dibincang dan dianalisis dengan teliti supaya inferens akhir yang dicapai adalah jelas dan padat. 




1 comment: