Saturday 3 April 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 2 - ASAS GRAFIK - WARNA - DIEZ

 BBM3410-2021-MINGGU 2-WARNA-INTERNET

1. 

Elemen : Warna

Tema : Pemandangan

Rujukan : Internet, Pinterest. Diakses pada 1 April 2021,

https://www.pinterest.com/pin/118501033934972279/

Huraian : Gambar di atas menerangkan tentang sebuah ladang strawberi yang luas. Terdapat ladang yang luas berwarna hijau disertai beberapa pokok. Terdapat juga langit yang kebiruan bersama beberapa ketulan awan. Terdapat 3 bekas penuh dengan strawberi yang berwarna merah. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna utama yang menyerlah dan memfokuskan kepada ladang, awan dan strawberi.  


2. 


Elemen : Warna

Tema : Automobil/ Pengangkutan

Rujukan : (2021), Diakses pada 2 April, 2021, daripada autoevolution website: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.autoevolution.com%2Fnews%2Fjust-how-expensive-is-the-2020-jeep-gladiator-compared-to-other-mid-size-trucks-133426.html&psig=AOvVaw224wK-WWgAxeG7ROmETJ7q&ust=1617468352266000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCJCBjLCB4O8CFQAAAAAdAAAAABAV

Huraian : Gambar tersebut menunjukkan sebuah kereta jeep berwarna merah sedang parkir di kawasan pergunungan. Gambar tersebut mengandungi elemen warna. Hal ini demikian kerana, terdapat tiga warna utama yang cuba ditonjolkan. Warna tersebut ialah warna merah iaitu warna yang terdapat pada badan kenderaan tersebut, warna keperangan pada bahagian rumput dan bukit yang menunjukkan ketibaan musim luruh atau sejuk. Akhir sekali, warna kebiru-biruan yang terdapat pada langit di bahagian belakang gambar.


3. 

Elemen : Warna

Tema : Bunga

Rujukan : Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=bunga+&tbm=isch&ved=2ahUKEwi7j9u14d_vAhW-23MBHWobC2oQ2-cCegQIABAA&oq=bunga+&gs_lcp=CgNpbWcQAzIECCMQJzIECCMQJzIFCAAQsQMyBQgAELEDMgUIABCxAzIFCAAQsQMyBQgAELEDMgUIABCxAzIFCAAQsQMyBQgAELEDUIKRAViCkQFgv5MBaABwAHgAgAF_iAF_kgEDMC4xmAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=0yhnYPvZJL63z7sP6ras0AY#imgrc=ZnpNkgMEC2IijM

Huraian : Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat dengan jelas penggunaan warna yang difokuskan iaitu warna kuning bunga matahari. Gambar di atas juga menunjukkan warna lain iaitu warna hijau untuk dedaun dan warna biru untuk langit. Tetapi yang difokuskan adalah warna kuning, dan gambar ini menunjukkan penggunaan tidak melebihi tiga warna dan memberi kefokusan kepada warna kuning.


4. 

Elemen : Warna

Tema : Keluarga

Rujukan : Internet, Pinterest. Diakses pada 1 April 2021 daripada https://id.pinterest.com/pin/75013150030722835/

Huraian : Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga yang berkelah di bawah pokok hijau yang rendang. Warna latar belakang yang berwarna hijau terang mencantikkan lagi latar tempat dan ini dapat memfokuskan kepada keluarga tersebut. Pakaian yang berwarna cerah yang dipakai oleh keluarga tersebut juga sangat bersesuaian. Warna hijau juga sangat sesuai untuk situasi sekeliling di dalam gambar di atas. Kombinasi warna yang terdapat dalam gambar di atas juga sangat sesuai dan tidak melebih-lebih.


5. 

Elemen : Warna

Tema : Minuman

Rujukan : Internet, Pinterest. Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/PzDY3zFYzj8RTymz9

Huraian : Berdasarkan gambar di atas, terdapat iklan minuman yang dihasilkan oleh penyunting untuk dipromosi kepada pengguna. Kombinasi warna yang digunakan ialah biru, putih dan merah. Warna ini sangat sesuai dan tidak terlalu padat tanpa mengelirukan pengguna. Warna yang terdapat dalam iklan tersebut mempunyai mesej yang bertujuan untuk menarik minat pengguna supaya membeli.


6. 

Elemen : Warna

Tema : Minuman

Rujukan : Yukampus. (2020). Diakses pada 2 April, 2021, daripada, https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=utxojhFk&id=4594943D4055DF2B3B7526A121151E35FEC04264&thid=OIP.utxojhFkc0imqiE0sMNGzAHaD9&mediaurl=https%3a%2f%2f1.bp.blogspot.com%2f-GXMH1zlPZgI%2fXXtveKKtwdI%2fAAAAAAAAJVc%2flx7xVlTLF6AXLdrUOL5_sfT1uVQN8gtngCLcBGAsYHQ%2fs1600%2fiklan%252Bminuman%252Bcoca%252Bcola.jpg&cdnurl=https%3a%2f%2fth.bing.com%2fth%2fid%2fRbadc688e11647348a6aa2134b0c346cc%3frik%3dZELA%252fjUeFSGhJg%26pid%3dImgRaw&exph=554&expw=1035&q=iklan+cola&simid=608035324714554298&ck=8FCE361309955EA66A2134233E39BA66&selectedIndex=0&FORM=IRPRST&ajaxhist=0

Huraian : Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat iklan Coca-Cola. Dalam gambar tersebut kita dapat melihat dua tin air bekarbonat perisa Coca-Cola. Kita juga dapat melihat iklan tersebut dengan teks. Gambar ini jelas membuat orang tertarik kerana hanya memfokuskan kepada tiga warna utama iaitu merah, hitam dan putih.


7.  

Elemen : Warna

Tema : Sukan

Rujukan : (2021). Diakses pada 2 April, 2021, daripada Adidas.com website: https://brand.assets.adidas.com/image/upload/f_auto,q_auto,fl_lossy/enMY/Images/originals-ss21-zx-onsites-hp-teaser-carousel-H69037_tcm203-614320.jpg

Huraian : Menerusi gambar di atas kita dapat melihat dengan jelas penggunaan warna yang dapat menarik perhatian audiens. Gambar di atas menggunakan warna yang tidak melebihi dari tiga warna. Ini merupakan penggunaan yang bagus berdasarkan elemen asas iaitu warna. Jika menggunakan warna melebihi dari tiga ianya akan sedikit sebanyak memberikan keserabutan terhadap perkara yang hendak difokuskan.


8. 

Elemen : Warna

Tema : Muzik

Rujukan : [Digital image]. (n.d.). Diakses pada 1 April, 2021, daripada https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.pngegg.com%2Fen%2Fpng-etpbs&psig=AOvVaw3O5gnM-a8_PeBaGR6b5b8q&ust=1617372717436000&source=images&cd=vfe&ved=0CA0QjhxqFwoTCIi0z6Sf3e8CFQAAAAAdAAAAABAP

Huraian : Gambar di atas menunjukkan gambar peralatan musik seperti gitar, drum dan keyboard. Gabungan warna yang ditunjukkan dalam gambar di atas adalah warna putih, hitam dan kelabu. Kombinasi tiga warna ini amat sesuai dan tidak kelihatan serabut kerana mampu mempamerkan mesej gambar peralatan musik yang ingin disampaikan. Kombinasi yang terbaik bagi elemen warna adalah tidak melebihi daripada tiga warna. 


9. 

Elemen : Warna

Tema : Pemandangan

Rujukan : (2020). Instagram: Arts of Visuals. Diakses pada 31 Mac 2021 daripada: https://www.instagram.com/p/B_XNll8nXDU/?igshid=1wzb13q2lrmzv

Huraian : Gambar pemandangan tersebut menunjukkan kombinasi antara tiga warna iaitu warna hijau, biru dan coklat. Gambar tersebut menggambarkan dua buah rumah berwarna coklat dan disertai dengan rumput yang berwarna hijau serta awan berwarna biru di belakang. Gambar ini menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada rumah, rumput dan awan. Hal ini dikatakan demikian kerana grafik yang sempurna mempunyai tiga warna agar mesej yang disampaikan adalah jelas.


10. 

Elemen : Warna

Tema : Kecantikan

Rujukan : Kuusniemi, E.-K. (2021). Agent Pekka. Diakses pada 2 April, 2021, daripada https://agentpekka.com/artist/eili-kaija-kuusniemi/\

Huraian : Gambar di atas menampakkan sebuah kombinasi warna yang sesuai. Grafik di atas juga menepati peraturan elemen warna, di mana ia mengandungi tidak lebih daripada 3 warna. Daripada gambar grafik tersebut, audiens dapat memahami mesej yang ingin disampaikan iaitu tekstur produk kecantikan yang berjenama Kiehl’s adalah seperti air atau menyegarkan. 


 BBM3410-2021-MINGGU 2-WARNA-SENDIRI

1. 

Elemen : Warna

Tema : Alam

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Gambar di atas menunjukkan gambar bunga daisy yang bewarna putih dan kuning yang dikelilingi dengan daun bewarna hijau. Kombinasi warna putih, kuning dan hijau dalam gambar ini kelihatan sangat cantik dan menenangkan. Gambar ini juga menunjukkan kecantikan bunga daisy yang ditangkap pada hari yang mendung. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan pada bunga daisy tersebut.

 

2. 

Elemen : Warna

Tema : Pemandangan

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Gambar grafik yang dilampirkan di atas merupakan gambar yang diambil di sebuah tempat peranginan di Sabah. Terdapat lebih daripada tiga kombinasi warna dalam grafik tersebut, walau bagaimanapun sesuai dengan keadaannya. Daripada gambar grafik tersebut, audiens dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penyunting iaitu pemandangan flora dan fauna. 


3. 

Elemen : Warna

Tema : Alam

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Gambar ini menunjukkan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di dinding dengan pantulan cahaya matahari. Cahaya matahari dapat membantu meningkatkan kecerahan sesuatu gambaran. Kertas yang ditampal di dinding dapat mengisi ruang yang kosong. Kombinasi warna hijau, putih dan coklat sangat sesuai dan menarik.


4. 

Elemen : Warna

Tema : Pemandangan

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Gambar pemandangan tersebut menunjukkan kombinasi warna hijau, biru dan putih. Warna-warna tersebut telah menghasilkan suatu kombinasi warna yang menarik dan harmoni. Warna-warna tersebut adalah sinonim bagi alam semula jadi. Pulau yang terletak di tengah-tengah lautan yang membiru jelas menampakkan kemegahannya. Awan-awan putih yang menghiasi langit menambahkan lagi keindahan pemandangan tersebut.


5.  

Elemen : Warna

Tema : Minuman

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Gambar di atas merupakan gambar dua cawan minuman yang diletakkan di atas meja kayu. Cawan dan piring minuman yang digunakan adalah berwarna hijau emerald. Terdapat juga pokok kecil berwarna hijau cair yang diletakkan sebagai hiasan diatas meja bersebelahan dengan minuman tersebut. Minuman dan pokok kecil itu diletakkan diatas meja kayu berwarna coklat. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna utama yang menyerlah dan memfokuskan kepada minuman didalam cawan, piring, pokok kecil dan meja kayu. 


6. 

Elemen : Warna

Tema : Makanan

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Juru gambar menggunakan teknik gambar atas sebagai teknik baik untuk mengambil gambar kek tersebut. Elemen yang dikategorikan sebagai elemen warna dapat difokuskan dalam gambar ini. Hal ini kerana dengan berlatarkan warna putih dan objek lain hanya mambawa tiga warna dapat menarik perhatian ramai. Warna merah jambu untuk kek, hitam untuk pinggan dan hijau untuk pokok hiasan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menarik fokus ramai dengan pemilihan warna yang sesuai.


7. 

Elemen : Warna

Tema : Makanan

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Gambar di atas menunjukkan makanan Waffle yang disaluti cheese. Bagi peminat cheese dan waffle, mereka boleh menikmati gabungan antara waffle dan cheese pada masa yang sama. Rasanya juga tidak sangat pelik walaupun tidak pernah mencuba gabungan tersebut. Gambar ini akan membuat orang tertarik kerana hanya memfokuskan kepada warna hitam, krim dan warna hijau. 


8. 

Elemen  : Warna

Tema : Kegembiraan

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Juru gambar menggunakan teknik asas yang baik ketika mengambil gambar. Elemen yang digunakan adalah elemen warna bagi memfokuskan gambar individu tersebut. Dengan latar belakang awan yang kebiruan muda dapat menaikkan seri individu tersebut. Tambahan pula dengan pemakaian baju berwarna merah menaikkan lagi keserlahan individu itu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian audiens untuk melihat gambar yang diambil.


9. 

Elemen : Warna

Tema : Kegembiraan

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Gambar tersebut menunjukkan seorang gadis sedang melalui sebuah rumah yang dimiliki oleh keluarga berbangsa cina di Lebuh Armenian, Pulau Pinang. Gambar tersebut menonjolkan elemennya yang utama iaitu elemen warna. Hal ini demikian kerana terdapat tiga warna utama dalam gambar itu. Antara warnanya ialah biru yang menunjukkan bingkai tingkap, pintu, topi dan juga baju gadis itu, warna putih pula memperlihatkan warna dinding, jejari tingkap dan juga kasut. Manakala terdapat juga warna hitam yang terselit pada tudung dan seluar gadis tersebut.


10. 

Elemen : Warna

Tema : Haiwan

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Gambar di atas menunjukkan gambar seekor kucing yang berwarna jingga cerah atau lembut yang berlatar belakangkan langit dan awan putih. Warna kucing yang berwarna jingga itu sangat menonjol dan ini sangat jelas bahawa gambar tersebut ingin memfokuskan kepada kucing tersebut. Kombinasi warna dalam gambar tersebut sangat cantik iaitu gabungan warna jingga, putih, biru dan sedikit warna hijau. Gambar di atas juga tidak nampak serabut kerana pemilihan warnanya yang cerah.


Carta Organisasi Elemen Warna

Ketua : Vivian 202967

Penolong : Adreana 204113

Editor : Hapizah 203936

Penolong Editor 1 : Nuradhlin 203308

Penolong Editor 2 : Anis 203012

Penolong Editor 3 : Adilla 201848

AJK Publisiti : Afiah 203943

AJK Multimedia : Hayati 203007

AJK Emel : Akma 203935

AJK Semakan : Hidayah 203937


No comments:

Post a Comment