Monday, 5 April 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 3 - MUG SHOT

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia 

NOTA : Mug shot adalah teknik fotografi yang digunakan untuk mengambil foto dari jarak dekat dan hanya memfokuskan pada bahagian muka sahaja. Tujuan mug shot adalah untuk mempamerkan raut wajah seseorang secara terperinci dan kebiasaannya digunakan oleh wartawan dalam temu bual. Contoh paling jelas untuk teknik mug shot dapat dilihat pada foto passport atau kad pengenalan. Teknik mug shot tidak sesuai digunakan dalam video kerana melibatkan pergerakan yang banyak. 

MODEL : Siti Nur Hidayah binti Bahatin


EMOSI : GEMBIRA

HURAIAN : Model berasa sangat gembira ketika gambar ini ditangkap. Hal ini kerana emosi gembira adalah emosi terakhir yang ditangkap oleh model untuk teknik mug shot ini.


EMOSI : SEDIH


HURAIAN : Model cuba mengekspresikan emosi sedih dalam gambar ini. Emosi sedih dimulai dengan tangisan biasa sehinggalah ke peringkat meraung.


EMOSI : TAKUT


HURAIAN: Model berada dalam emosi ketakutan. Hal ini kerana, model bersendirian di rumah ketika gambar ini diambil.


EMOSI : GERAM


HURAIAN: Model berasa geram dalam gambar ini. Model rasa ingin menumbuk dirinya ketika melakukan setiap ekspresi emosi ini. 


EMOSI : MARAH


HURAIAN : Model cuba melakukan emosi marah dalam gambar ini. Namun sebenarnya inilah ekspresi biasa wajah model kerana model sentiasa kelihatan marah. 


EMOSI : TERKEJUT


HURAIAN : Model berasa terkejut melihat ekspresi wajahnya sendiri. Namun begitu, model tetap meneruskan tugasannya walaupun wajahnya kelihatan sangat kelakar. 


EMOSI : KETAWA

 
HURAIAN : Model cuba menunjukkan turutan cara ketawanya. Ketawa model dimulai dengan senyuman biasa sehinggalah ke tahap ketawa besar. Emosi ketawa ini dipersetujui oleh kawan baiknya sendiri. 





BUKU RUJUKAN


9 comments: