Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua! Apa khabar semua pembaca setia blog saya?! Harapnya semua yang sudi membaca coretan pada blog ini sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dijauhkan dari segala jenis penyakit, insha-Allah :)
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi teknik asas fotografi yang telah saya pelajari iaitu teknik flatlay. Flatlay adalah salah satu teknik yang digunakan ketika mengambil gambar. Terdapat 4 jenis flatlay yang digunakan iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. Kesemua jenis flatlay ini merujuk kepada posisi kamera yang berbeza ketika gambar diambil iaitu :
- Flatlay : 90°
- Half flatlay : 45°
- Quarter flatlay : 22.5°
- Zero flatlay : 0°
Berikut merupakan video yang telah saya hasilkan menggunakan teknik flatlay dalam kesemua gambar yang saya ambil. Selamat menonton!
Saya dah bahagikan video di atas kepada empat bahagian mengikut jenis-jenis flatlay yang ada. Setiap jenis flatlay mempunyai 10 gambar yang terbahagi pula kepada dua jenis iaitu 5 flatlay makanan dan 5 flatlay barangan. Jadinya, jumlah keseluruhan gambar dalam video di atas adalah 40 gambar!!! Banyak bukan??!! Dugaan bulan Ramadan kali ini betul-betul lain macam ya :( Kena ambil banyak gambar makanan lepas tu buat video pulak, terliur saya dibuatnyaaa. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan terhasil lah sebuah video flatlay dari saya.
Oh ya! Jangan tanya kenapa banyak gambar spaghetti dalam video di atas. Saya sangat sukakan spaghetti dan spaghetti adalah segala-galanya #SpaghettiForLyfe! :D Kalau nanti nak iftar makan spaghetti, jangan lupa ajak saya!!!
Akhir sekali, diharapkan video flatlay ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin mencuba teknik ini kelak. Semoga bermanfaat dan terima kasih kerana sudi membaca blog dan menonton video saya <3
BUKTI KEHADIRAN :
Lepas ni belanja saya spaghetti
ReplyDelete