Monday, 19 April 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 5 - DILEMA PENGEMBARA

 


KREDIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 
LINK : https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca setia blog saya! Hari ini saya nak kongsikan apa yang telah saya perolehi melalui 'Rancangan Sembang Tamu : Dilema Pengembara'. Pada minggu ini, 'Rancangan Sembang Tamu : Dilema Pengembara' telah menampilkan seorang pensyarah muda yang berkhidmat di universiti tempatan yang amat gemar mengembara. Dr Siti Nur Aliaa Roslan telah mula mengembara sejak kecil lagi di mana setiap cuti hujung tahun, mereka sekeluarga akan pergi ke Pulau Mutiara, Pulau Pinang untuk bercuti. Pada usia 16 tahun pula Dr Aliaa telah mengembara ke luar negara kerana perlu mengikuti ibunya yang menyambung pelajaran di United Kingdom. Wah, baru di bangku sekolah menengah tapi dah boleh berjalan jauh dari Malaysia!! 

Dr Aliaa juga ada berkongsikan pengalaman beliau pergi menjelajah ke 21 buah negara dan kebanyakannya negara yang beliau pergi adalah secara berseorangan. Hebat bukan??!! Secara jujurnya, saya juga ingin mengembara seorang diri mencari ketenangan tetapi saya tidak ada keberanian untuk melakukannya. Selain tidak ada keberanian, saya juga tidak ada duit :( Tapi, keberaniaan Dr Aliaa untuk pergi mengembara seorang diri ini amat saya kagumi. Bukan senang nak pergi ke negara orang tanpa teman tapi Dr Aliaa telah buktikan yang ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan! Jika kita fikirkan kita boleh, kita pasti boleh melakukan!! 

Dalam perkongsian Dr Aliaa dalam 'Rancangan Sembang Tamu : Dilema Penggembara' ini, Dr Aliaa ada berikan pendefinisian pengembara. Baginya, pengembara bukanlah seseorang yang mengembara ke luar negara sahaja, malahan orang yang mengembara dalam negara juga dianggap sebagai pengembara. Jadi, kita tak perlu susah-susah pergi sampai ke Korea sedangkan kita juga boleh pergi ke Kelantan. Ha begitu maksudnya!!

Apa yang seronoknya tentang menggembara ni? Saya rasa perkara yang paling menyeronokkan adalah tentang makanan!!! Setiap kali mengembara ke tempat yang berbeza, kita boleh mencuba pelbagai jenis makanan baru. Walaupun agak sukar untuk mencari makanan yang halal ketika mengembara ke luar negara, tapi itulah cabaran yang menyeronokan. Kita juga dapat melihat budaya hidup masyarakat di tempat yang kita pergi. Bukan senang nak dapat pengalaman sebegini jika asyik terperap di rumah sahaja!! 

Kalau ingin tahu dengan lebih lanjut tentang dilema seorang penggembara, seronok atau peritnya sesebuah pengembaraan, boleh lah tonton video yang telah saya sertakan di atas. Dan kalau ingin mengembara, jangan lupa ajak saya! Saya akan sentiasa bersedia untuk mengembara bersama anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca sedikit coretan dari saya :) 

BUKTI KEHADIRAN

1 comment: