Sunday, 16 May 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 8 - VIDEO SETEMPAT

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum! 

Ha, raya, raya jugak tapi kerja tetap jalan tau!! untuk tugasan kali ini, saya perlu menghasilkan sebuah video setempat, tak kisah la apa tema sekalipun, asalkan video setempat. Pada awalnya, saya rancang nak rakam video setempat suasana raya di kampung tapi tiba-tiba pulak kerajaan Malaysia umum PKP :( terbantut la rancangan asal saya. 

Rancangan saya pun terpaksa berubah dan dalam video setempat yang saya hasilkan ini, saya ada kongsikan sebuah lagu yang saya selalu dengar setiap kali saya penat dan nak berehat sekejap dari segala kesibukan dan kepenatan tugasan dan banyak lagi. Bagi saya, lagu ini sangat mendamaikan dan memberi ketenangan setiap kali saya mendengarnya. Jadi, saya nak berkongsi ketenangan itu dengan anda semua :p Selamat menonton!



Video setempat yang saya hasilkan ini diambil dalam bilik saya dan saya hanya duduk di kawasan meja belajar saya sahaja. Saya memulakan rakaman dengan bercakap serba sedikit tentang apa yang ingin saya kongsikan dalam video tersebut dan kemudian saya terus kongsikan sebuah lagu yang sering saya dengar. Tajuk lagu yang saya kongsikan adalah 'Hitorijanai' (Not Alone) yang dinyanyikan oleh Kumpulan Seventeen (kpop group). Bagi saya, setiap bait lirik dan gerak tari mereka sangat mendamaikan, saya tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan tu tapi boleh la cuba dengar sendiri lagu ini untuk faham apa yang saya cuba maksudkan :) Haaa, kalau diamati maksud lirik lagu tersebut, pasti anda akan faham kenapa lagu ni memberikan ketenangan dan kedamaian kepada saya! 

Walaupun sekarang kita tengah dalam PKP dan kes Covid-19 juga semakin meningkat, kita perlu bersabar dalam menghadapi semua ini. Apa salahnya kalau kita beralah sedikit sekarang kalau nanti di masa depan kita berjaya dapatkan kembali apa yang pernah kita miliki sebelum ini. Setiap kepenatan dan keserabutan yang kita hadapi boleh diubati dengan pelbagai cara, dan bagi saya lagu ini adalah salah satu cara untuk saya berehat sebentar dari segala kepenatan ini. Macam mana pula cara anda semua berehat dari segala kepenatan yang anda lalui? Kongsilah sikit, 'sharing is caring' ha gitu hehehe.

Sekian itu sahaja dari saya untuk kali ini, terima kasih kerana sudi membaca dan juga sudi menonton video saya!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. 

BUKTI KEHADIRAN : 


1 comment: