Tuesday, 8 June 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 11 - DRAMA KOREA : REALITI ATAU FANTASI


Link : https://youtu.be/zNx2BjyJmlA

Sembang Tamu : Drama Korea, Realiti atau Fantasi? 

Fuh sekali baca tajuk pun dah boleh agak yang perkongsian oleh Prof. Dr Normaliza ni sangat menarik! Siapa ja tak suka drama korea kan?! Saya sendiri pengemar drama korea dan drama korea pertama yang membuatkan saya jatuh sampai tak boleh nak bangun dah adalah Heartstring! Rasanya waktu tu baru umur 11 tahun kot tapi dok angau teruk dekat si YongHwa 😍 Lepas si YongHwa, saya beralih ke LeeMinHo pulak haih ni semua sebab drama Boy Over Flowers tu, rambut kerinting pun kemain masih kacak menawan ye. Alhamdulillah sekarang saya setia pada LeeJongSuk 😗 (padahal dalam hati ada banyak lagi oppa korea lain huhu) 

Okay² kembali kepada perkongsian Prof dalam 'Rancangan Sembang Tamu : Drama Korea, Realiti atau Fantasi?' ini, Prof ada kongsikan beberapa drama yang telah ditonton oleh beliau dan semestinya kebanyakkan drama tersebut juga telah saya tonton! #PeminatTegarDramaKoreaDuluKiniDanSelamanya! 

Selain itu, saya dan kawan-kawan yang lain ada bertanyakan soalan dan ada juga yang berkongsikan pendapat masing-masing mengenai drama korea ini. Kalau nak tahu apa yang kami bertanya dan berkongsi, ha boleh la tengok sendiri 😛 Link youtube saya dah bagi kat atas tu! Tengok drama korea rajin, takkan la nak tengok perkongsian ringkas dan menarik dari Prof ni tak rajin pulak kan?! 

Okay dah pergi tengok sekarang! 

Facebook : 


Twitter : 


Instagram : 


Berikut merupakan gambar bukti perkongsian yang telah saya lakukan di media sosial sebelum program bermula beserta soalan dan komen tentang program semasa dan selepas program bermula!

No comments:

Post a Comment