Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Assalamualaikum! Apa khabar semua?! Wah sedar tak sedar dah masuk minggu 9 dah sekarang, cepat betul masa berlalu sampai tak terasa langsung. Maklumlah, kerja makin hari makin bertambah, nak buat macam mana kan, dah nama pun belajar mestilah banyak kerja :)
Untuk tugasan amali minggu 9, kami diminta untuk menghasilkan video nota bab 5 - Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi (Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi). Prof cakap, tak kisah la nak guna aplikasi apa pun asalkan video tu dapat disiapkan tepat pada masanya! Jadi, saya memilih untuk menggunakan powerpoint sahaja kerana bagi saya itu lebih mudah dan tidak merenyahkan. Setelah selesai menghasilkan nota bab 5 tersebut, saya terus edit menggunakan aplikasi Inshot dan memasukkan lagu Puzzle Piece (NCT DREAM). Ha, barulah rasa seronok sikit kalau tengok video tu bersama musik yang indah kan?!
Ini video yang telah saya hasilkan. Selamat menonton!
Dapat diringkaskan di sini bahawa terdapat beberapa strategi komunikasi yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh seperti Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989), Dornyei & Scott (1997) dan strategi komunikasi yang paling terbaru telah diperbincangkan oleh Normaliza Abd Rahim (2018) yang juga merupakan pensyarah untuk kursus ini. Hebat betul Prof ❤️
Penerangan yang telah saya berikan dalam video di atas sangatlah teliti dan menyeluruh, jadi jika mahukan lebih kefahaman mengenai Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi ini, bolehlah tonton video tersebut!
Terima kasih kerana sudi membaca dan menonton video dari saya!
Kehadiran :
No comments:
Post a Comment