BBM3410-2021-MINGGU 2-KESEIMBANGAN-INTERNET
1.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Ketenangan
Rujukan : Internet, Pinterest. Diakses pada 1 April 2021,
https://www.pinterest.com/pin/395964992245130223/
Huraian : Gambar di atas menerangkan tentang pemandangan rumah di atas air berdekatan hutan pergunungan. Terdapat sebuah tasik yang luas dengan rumah di atas air di sebelah kanan gambar. Terdapat juga hutan gunung yang berwarna hijau berdekatan rumah tersebut. Pada sebelah atas gambar, terdapat sebuah gunung yang diliputi kabus tebal. Warna cerah kabus tebal pada gunung memberi keseimbangan dengan warna gelap yang tedapat pada air tasik dan hutan gunung itu.
2.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Kesihatan
Rujukan : Academy, C. (10 Mac, 2020). Kepentingan amalan gaya hidup sihat. Diakses pada 1 April, 2021, daripada https://cmnacademy.com/kepentingan-amalan-gaya-hidup-sihat/
Huraian : Gambar di atas menunjukkan sebuah poster ‘Gaya Hidup Sihat’ yang mempamerkan pelbagai jenis gambar yang berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat. Ruang sebelah atas dan bawah poster tersebut mempunyai teks perkataan yang berkaitan dengan gaya hidup sihat dan kewujudan teks tersebut menjadikan gambar tersebut kelihatan seimbang. Ruangan tengah poster tersebut yang dipenuhi dengan pelbagai jenis gambar telah berjaya memenuhi semua ruang dan sekaligus menjadikan bahagian kiri dan kanan poster tersebut seimbang.
3.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Makanan
Rujukan : (2021). Diakses pada April 2, 2021, daripada Lensamars.com website: https://lensamars.com/blog/wpcontent/uploads/2019/07/promo_small7261537527473.jpg
Huraian : Gambar di atas menggunakan elemen keseimbangan. Jika dilihat secara keseluruhannya, gambar tersebut kelihatan seimbang sama ada dari sudut kiri dan kanan serta atas dan bawah. Gambar makanan yang diletakkan di kedua-dua tempat kiri dan kanan membuatkan kedua-dua kawasan tersebut kelihatan seimbang. Penggunaan teks dan gambar makanan yang bersaiz sedikit kecil di bahagian atas dan gambar makanan yang besar di bahagian bawah membuatkan gambar tersebut lebih seimbang.
4.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Permandangan
Rujukan : (2021), Diakses pada April 2, 2021, daripada twitter azim nazhan (hansvii_) website: https://twitter.com/hansvii_/status/1374191140405088261?s=19
Huraian : Gambar tersebut menunjukkan jambatan Pulau Pinang yang berlatar belakangkan panorama matahari terbenam. Gambar tersebut menonjolkan elemen keseimbangan yang begitu kuat. Hal ini demikian kerana kedudukan matahari yang hampir terbenam itu berada tepat ditengah belahan jambatan tersebut. Panjang jambatan dibahagian kiri dan kanan gambar juga sama dan seimbang.
5.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Kecantikan
Rujukan : Fairnan Suharnoto. (2014). Diakses pada 2 April, 2021. Daripada https://www.behance.net/gallery/13867025/Nivea-For-Men
Huraian : Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat produk kecantikan iaitu pencuci muka untuk lelaki. Lelaki pada zaman sekarang juga pandai menjaga muka dan ia bermaksud produk kecantikan pada masa ini tidak hanya terhad kepada gunaan wanita sahaja. Jenama produk tersebut ialah NIVEA. Produk tersebut mudah didapati di Guardian dan Watson.
6.
Elemen: Keseimbangan
Tema : Pemandangan
Rujukan : Internet, Pinterest. Diakses pada 2 April 2021 daripada https://id.pinterest.com/pin/10414642877151851/
Huraian : Gambar di atas menunjukkan gambar pemandangan yang diambil dari belakang dua orang pasangan. Terdapat langit, kabus dan sedikit awan di ruang paling atas gambar. Selain itu, terdapat gunung-ganang di bawah langit manakala di bahagian tengah terdapat lautan biru yang sangat luas. Akhir sekali, di ruang paling bawah terdapat pasangan yang berdiri di kawasan hujung jurang. Warna-warna yang terdapat dalam gambar di atas juga menjadikan gambar tersebut kelihatan seimbang.
7.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Pemandangan
Rujukan : (2021). Instagram: Arts of Visuals. Diakses pada 31 Mac 2021 daripada https://www.instagram.com/p/CKK-ltYsKhd/?igshid=ts2j8ohwqhk7
Huraian : Gambar di atas menunjukkan ruang yang seimbang. Jumlah pokok yang terdapat di ruang sebelah kiri dan ruang di sebelah kanan adalah sama banyak dan teratur. Hal ini telah menjelaskan bahawa berat diantara ruang di sebelah kanan dan kiri adalah sama. Manakala, ruang di sebelah atas dan di sebelah bawah gambar juga sama berat. Di ruang sebelah atas menunjukkan langit yang berkabus, manakala ruang di sebelah bawah pula menunjukkan hamparan padang rumput yang menghijau.
8.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Produk Kecantikan
Rujukan : Oliur. (2014, July 5). 31 REALLY CLEVER AND CREATIVE PRINT ADS. Retrieved from ULTRALINX: http://theultralinx.com/2014/07/31-clever-creative-print-ads/?epik=dj0yJnU9eGdXZVlBRGFDMFRVSHdLNE5xNDNoSUtLWGNBMDA4SFAmcD0wJm49Ty1DUGFaZU1DT0tKMElrcGVHMUhPdyZ0PUFBQUFBR0JuRUpn
Huraian : Gambar grafik diatas menunjukkan elemen keseimbangan yang sangat baik. Ruang dalam foto menunjukkan berat yang sama. Keseimbangan ini dapat menyampaikan mesej penyunting kepada audiens dengan baik. Daripada gambar di atas, audiens faham bahawa penyunting sedang mempromosikan produk Nivea.
9.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Tumbuh-tumbuhan
Rujukan : Internet, Walpapertip. Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/D5z3Bt3DAvHmG7RMA
Huraian : Gambar ini menunjukkan permandangan di waktu pagi. Ruang di sebelah kiri dan kanan terdapat pokok-pokok besar yang seimbang antara satu sama lain. Manakala, di bahagian atas dihiasi dengan awan dan di bahagian bawah terdapat padang rumput berwarna hijau yang luas. Ini menunjukkan grafik sama berat dan seimbang di semua ruang.
10.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Promosi
Rujukan : Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=puma+promotion&tbm=isch&ved=2ahUKEwiambWa4N_vAhUQCLcAHZLgAaIQ2-cCegQIABAA&oq=puma+promo&gs_lcp=CgNpbWcQARgBMgIIADICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAMgIIADIGCAAQCBAeMgYIABAIEB4yBggAEAgQHjoECAAQQzoHCAAQsQMQQzoKCAAQsQMQgwEQQ1Da0wNYvOEDYPj2A2gAcAB4AIABkQKIAd4HkgEFMi4yLjKYAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ8ABAQ&sclient=img&ei=jSdnYNqeOJCQ3LUPksGHkAo#imgrc=pm8HWt-_0SKuqM
Huraian : Gambar di atas menunjukkan jenama PUMA sedang mempromosikan barangnya iaitu kasut potongan sebanyak 50%. Gambar ini dikategorikan sebagai elemen keseimbangan kerana kedudukan susunan kasut-kasut di sebelah kiri menunjukkan ruang kiri gambar berat jika dibandingkan dengan ruang kanan gambar yang hanya mempunyai teks.
BBM3410-2021-MINGGU2-KESEIMBANGAN-SENDIRI
1.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Ketenangan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas merupakan gambar pemandangan suatu tempat yang mempunyai gunung dan kawasan lapang. Pada kawasan bawah gambar merupakan padang rumput yang kehijauan. Terdapat juga pagar di sepanjang padang rumput tersebut. Terdapat juga gunung yang tinggi berwarna hijau. Pada bahagian atas gambar pula ialah langit yang berwarna biru bersama kepulan awan putih yang cantik. Pemandangan kawasan padang rumput bersama gunung yang berwarna hijau memberi keseimbangan kepada langit dan awan yang berwarna biru cerah.
2.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Pemandangan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas menunjukkan waktu senja di sebuah kota. Seperti yang dilihat, langit yang mempunyai tiga lapisan warna dan kelihatan awan-awan serta bangunan-bangunan bercahaya lampunya menunjukkan hari sudah mula gelap. Gambar ini menunjukkan elemen keseimbangan kerana pada bahagian atas, warna agak cerah jika dibandingkan bahagian bawah gambar yang warnanya agak gelap. Keseimbangan cerah dan gelap dapat menggambarkan sebuah kota waktu senja.
3.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Ketenangan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas menunjukkan waktu senja di tepi laut. Ruang di sebelah kiri gambar tersebut mempunyai pohon yang dipenuh daun yang seimbang dengan pokok di sebelah kanan. Manakala, pantulan cahaya matahari yang sedang terbenam di sebalik awan dan ruang bawah dipenuhi air laut. Ini menunjukkan terdapat keseimbangan yang baik dalam gambar tersebut dan dapat disampaikan dengan baik.
4.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Makanan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas menunjukkan gambar makanan yang diambil disebalik pemandangan sawah padi. Ruang sebelah atas gambar tersebut dipenuhi dengan kepulan awan yang membiru manakala ruang sebelah bawah pula dihiasi dengan kehijauan sawah padi yang terbentang luas. Kedua-dua ruangan atas dan bawah gambar tersebut yang dipenuhi dengan awan biru dan sawah padi menjadikan gambar tersebut seimbang. Malahan, keseimbangan yang dipamerkan berdasarkan latar belakang tersebut menjadikan gambar tersebut kelihatan sangat mendamaikan.
5.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Persahabatan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas membawa tema persahabatan dengan menggunakan elemen asas keseimbangan dalam mempamerkan gambar tersebut. Kedudukan dua sahabat yang berada di tengah gambar itu dengan latar belakang bangunan serta pokok di bahagian tengah menunjukkan keseimbangan yang baik. Penggunaan warna kontras iaitu warna hijau di atas dan kuning di bawah menyerlahkan lagi keseimbangan gambar tersebut. Di bahagian kiri dan kanan pula kelihatan seimbang dengan kehadiran tumbuhan berwarna hijau di kedua-dua bahagian tersebut.
6.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Kegembiraan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar tersebut menunjukkan seorang gadis yang berdiri di hadapan tangga Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia. Gambar tersebut menonjolkan elemen keseimbangan yang jelas. Hal ini demikian kerana gambar yang diambil adalah seimbang di kedua-dua bahagian. Jarak tangga di bahagian kiri dan kanan juga sepadan.
7.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Pemandangan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar tersebut menunjukkan bangunan di tengah-tengah gambar. Hal ini menyebabkan ruang di sebelah kanan dan ruang di sebelah kiri adalah seimbang. Hal ini telah menyebabkan berat di ruang sebelah kanan dan ruang di sebelah kiri adalah sama. Manakala, di sebelah atas bangunan terdapat awan yang luas berwarna biru dan di sebelah bawah pula terdapat jalan raya beserta objek yang sekaligus menampakkan gambar tersebut seimbang dari segala sudut.
8.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Pemandangan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas menunjukan gambar pemandangan semasa menaiki ‘cable car’ di Pulau Langkawi, Kedah. Ruang sebelah atas terdapat langit biru berserta awan putih yang memenuhi langit. Selain itu, di ruang tengah gambar tedapat lautan biru muda dan terdapat pulau-pulau kecil yang sangat cantik jika dilihat dari atas. Ruang yang paling bawah terdapat bukit-bukit dan hutan yang dilihat bersambung jika dilihat dari atas dan tepi. Oleh itu, jelas sekali langit biru seimbang dengan bukit dan hutan yang berwarna hijau.
9.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Pemandangan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat gambar tersebut menunjukkan suasana pada waktu petang. Apabila melihat gambar tersebut, kita dapat merasakan kita sudah hampir sampai hari penutup pada hari tersebut. Perasaan kita melihat pemandangan tersebut kita akan berasa tenang. Pada masa yang sama, kita akan tidak sabar untuk menanti hari esok.
10.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Tumbuhan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar yang dilampirkan di atas menunjukkan sebuah tumbuhan yang diletakkan dalam sebuah pasu. Daripada gambar tersebut, dapat dilihat bahawa ruangan atas, bawah dan tepi foto adalah sama berat. Dengan melihat gambar ini, audiens dapat memahami bahawa penyunting sedang menunjukkan sejenis tumbuhan di dalam pasu. Gambar dengan keseimbangan yang baik dapat membantu dalam menyampaikan mesej penyunting kepada audiens.
Carta Organisasi Elemen Keseimbangan
Ketua : Anis 203012
Penolong : Hapizah 203936
Editor : Adilla 201848
Penolong Editor 1 : Adreana 204113
Penolong Editor 2 : Nuradhlin 203308
Penolong Editor 3 : Vivian 202967
AJK Publisiti : Afiah 203943
AJK Multimedia : Hayati 203007
AJK Emel : Akma 203935
AJK Semakan : Hidayah 203937
No comments:
Post a Comment