Saturday, 29 May 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 10 - VIDEO FOKUS - DIEZ

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum! Tugasan video kali ni berkaitan dengan video fokus pulak. Tapi video fokus tu apa?! Bukan semua video tergolong dalam video fokus kah? Ha, tak sebenarnya! Meh sini saya bagitau apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan video fokus. 

Video fokus adalah video yang memberi tumpuan pada satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita dan membuatkan penonton berfikir. Video fokus ni tak melibatkan wajah tau, dan memerlukan penyuntingan yang baik supaya video tersebut jelas dan mudah difahami.  

Ha, dah faham kan apa sebenarnya video fokus ni?! Sekarang, jom fokus tengok video fokus yang telah dihasilkan oleh Diez. Selamat menonton! 

Link : https://youtu.be/5gRH9AB4_4Q

Agak-agak boleh teka tak apa benda yang ingin kami fokuskan lepas tengok video tu??? Ha betul!!! Fokus utama kami adalah wang kertas rm50 tu! Saya yakin semua orang dapat faham apa yang ingin kami sampaikan melalui video tersebut. 

Idea untuk membuat video fokus yang berfokus pada duit ni adalah idea daripada Anis dan dipersetujui oleh kesemua ahli Diez sebab kami sedar betapa bernilainya wang kertas rm 50, dan betapa bernilainya jugak kasih sayang ibu dan bapa.... 

Terima kasih kepada Anis kerana berjaya menjadi seorang pelakon yang sangat hebat dalam video ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan video fokus ini dan paling penting terima kasih kepada Diez!! 

Terima kasih juga kepada anda semua kerana sudi menonton video fokus dari Diez ❤️ Diharapkan anda semua memperoleh pengajaran daripada video fokus yang telah kami hasilkan ini. 

Kehadiran : 


BBM3410 - 2021 - MINGGU 10 - VIDEO SERAM - DIEZ

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum semua?! Apa khabar??? Harapnya semua orang berada dalam keadaan sihat walafiat sahaja. Makin hari kes Covid-19 makin bertambah dan hari ni dah mencapai angka 9k... haih tolong jaga diri masing-masing tau! Keluar rumah bila betul-betul sahaja! Janganlah kita memperjudikan nyawa sendiri, keluarga dan orang terdekat kita 😭

Okay jom kita mulakan tentang tugasan video kali ini! Seperti mana tajuk di atas, kali ini Diez kena buat video seram pulak. Aduh!! Macam mana la nak rakam video seram kalau sorang duk di Utara, sorang kat Timur, sorang lagi kat Borneo sana 🥲 Tapi tu semua bukan penghalang untuk kami tau, bak kata orang bercinta, jarak bukanlah penghalang, acewahhh 

Nak tahu apa yang Diez lakukan untuk hasilkan video seram ni? Okay mulanya kami adakan perbincangan dalam kumpulan ws untuk menjana idea dan selepas 30 minit berbincang, kami berjaya mendapat satu idea yang menarik dan senang untuk dilakukan oleh kami semua. Maklumlah, tengah PKP kan, nak keluar merakam kat kubur pun tak boleh :O Ideanya, kami semua akan menonton satu movie seram bersama-sama, pastu ada la yang cakap besar cakap "tak takut pun", "biasa jeee", ha lepastu ambik koooo semua kena kacau baru nak gelabah! 

Malas la nak cakap banyak, apa kata pergi tengok video seram yang kami dah hasilkan ni. Selamat menonton! 



Seram kan video kami??!! Okay tak sejujurnya saya rasa ni video komedi-seram tau!! Mana ada orang gelak bila nampak hantu?? Sekali pakej hantu duk senyum sekali?! Aduh Diez ni memang tak boleh berlakon cerita seram agaknya hahahaha tapi kira okay la kan sebab masih ada unsur seram gitu. Kalau tengok waktu malam ni, meremang jugak tau! Jadi, jangan tengok waktu malam ya!

Terima kasih kerana sudi menonton video komedi-seram seram dari Diez! Jangan lupa tekan like tau hehe 🤍

Kehadiran : 


Wednesday, 26 May 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 9 - KEMANUSIAAN (TWITTER)

Assalamualaikum! 

Selesai sudah posting di instagram, sekarang kita beralih ke twitter pula. Kali ini, kami perlu tweet apa-apa sahaja yang kami ingin, asalkan bertepatan dengan perkataan 'kemanusiaan'. Definisi 'kemanusiaan' bagi setiap orang adalah berbeza, namun satu perkara yang pasti, orang yang mempunyai sifat kemanusiaan adalah orang yang terpuji. 

Berikut merupakan tweet 'kemanusiaan' dari saya : 


Seperti biasa, kami juga diminta untuk rt tweet 5 orang kawan sekelas bersama pendapat sendiri. Jadi berikut saya sertakan tweet 5 orang kawan saya yang telah saya rt bersama pendapat saya :) 

Jangan risau, saya ada sertakan juga nama akaun twitter mereka berlima, jadi kalau rasa nak follow, dipersilakan 😙 

1. Nad -> @_Ndrh14


2. Tasnim -> @Aftasnim1


3. Alin -> @alinalin___


4. Anisah -> @niskecik


5. Zulaikha -> @ctzulaikhahhhhhhhh


Menarik kan kesemua tweet dari kawan-kawan saya?! Banyak lagi tweet lain yang sebenarnya sangat membuka mata tentang perkataan 'kemanusiaan' ini. Kalau nak tahu, boleh la pergi melawat ke akaun burung biru kami semua! 

Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi ilmu bersama saya :) 

Kehadiran : 


BBM3410 - 2021 - MINGGU 9 - BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.

Assalamualaikum! Apa khabar semua?! Wah sedar tak sedar dah masuk minggu 9 dah sekarang, cepat betul masa berlalu sampai tak terasa langsung. Maklumlah, kerja makin hari makin bertambah, nak buat macam mana kan, dah nama pun belajar mestilah banyak kerja :)

Untuk tugasan amali minggu 9, kami diminta untuk menghasilkan video nota bab 5 - Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi (Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi). Prof cakap, tak kisah la nak guna aplikasi apa pun asalkan video tu dapat disiapkan tepat pada masanya! Jadi, saya memilih untuk menggunakan powerpoint sahaja kerana bagi saya itu lebih mudah dan tidak merenyahkan. Setelah selesai menghasilkan nota bab 5 tersebut, saya terus edit menggunakan aplikasi Inshot dan memasukkan lagu Puzzle Piece (NCT DREAM). Ha, barulah rasa seronok sikit kalau tengok video tu bersama musik yang indah kan?! 

Ini video yang telah saya hasilkan. Selamat menonton! 


Dapat diringkaskan di sini bahawa terdapat beberapa strategi komunikasi yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh seperti Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989), Dornyei & Scott (1997) dan strategi komunikasi yang paling terbaru telah diperbincangkan oleh Normaliza Abd Rahim (2018) yang juga merupakan pensyarah untuk kursus ini. Hebat betul Prof ❤️

Penerangan yang telah saya berikan dalam video di atas sangatlah teliti dan menyeluruh, jadi jika mahukan lebih kefahaman mengenai Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi ini, bolehlah tonton video tersebut!

Terima kasih kerana sudi membaca dan menonton video dari saya!

Kehadiran :


BBM3410 - 2021 - MINGGU 9 - KESILAPAN (INSTAGRAM)

Assalamualaikum! 

Ha! Tajuk pun dah ada tulis instagram kan?! Maksudnya ada posting terbaru la di instagram saya!! Okay kali ini, kami diminta untuk membuat satu posting yang bertemakan 'kesilapan'. Setiap orang tak lari daripada melakukan kesilapan, sama juga seperti saya. Dalam posting instagram saya, ada saya ceritakan sedikit tentang satu kesilapan yang pernah saya lakukan, dan sampai sekarang saya masih rasa menyesal. Orang kata benda lepas usah dikenang kan?! Tapi taktahu la kenapa, kesilapan tu masih lagi terngiang-ngiang sampai sekarang :( 

Ni saya tunjukkan posting instagram saya berkaitan 'kesilapan' yang pernah saya lakukan tu. 


Bacalah kapsyen yang saya tulis tu untuk tahu apa kesilapan yang telah saya lakukan sampaikan saya masih lagi menyesal sehingga ke hari ini :) 

Kami juga diminta untuk memberi komen pada posting 5 orang kawan yang lain. Ha jom kita tengok siapa insan bertuah yang akan masuk ke blog saya pada hari ini! Hehe >,<

1. Iffah -> @iffahh_syakirah


2. Afiah -> @afieyaasuhaimi


3. Anis -> @penabunganis


4. Fatehah -> @nrl_fthah_


5. Hayati -> @hayatiti_99


Ha inilah 5 insan terpilih yang berjaya masuk ke blog saya untuk kali ini! Saya ada sertakan nama instagram mereka, mana tahu ada yang nak berkenalan ke kan?!  

Konklusi untuk kali ini, semua orang tak boleh lari daripada melakukan kesilapan, sama ada kecil ataupun besar. Tapi, kesilapan itu jugaklah yang mengajar kita untuk menjadi lebih baik dan mungkin lebih sempurna (?) walaupun sebenarnya tiada yang sempurna di dunia ini tapi begitulah perumpamaannya.

Terima kasih kerana sudi membaca! Sampai ketemu lagi ~

Kehadiran :


BBM3410 - 2021 - MINGGU 9 - PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

Assalamualaikum! 

Instagram sudah, twitter juga sudah! Jadi sekarang kita berbalas pantun 4 kerat di facebook pula. Tak tahu la kenapa tapi hari ini aktif betul saya berbalas pantun kawan-kawan yang lain. Nak kata bosan, tak bosan pun, cuma entah la, hari ini terasa macam baik sikit hehe 

Nak tengok tak pantun 4 kerat dari saya? Sekali pandang macam pantun orang yang tengah bersedih tapi sebenarnya saya tak sedih pun tau!! Okay, jom tengok pantun nasihat dari saya, err nasihat kah (?) Hahahaha


Ha nampak kan #AcahSepiPadahalHepi tu?! Maksudnya saya okay saja tau! Saja ja nak acah-acah macam sepi sikit, bukan selalu kan? Hehehe

Seperti yang saya katakan di atas, hari ini saya rajin sikit, jadinya hampir kesemua pantun dari kawan-kawan telah saya balas. Tapi disini, saya selitkan 5 pantun saja tau. Kalau nak tengok pantun yang lain, kena la pergi melawat facebook saya dan kawan-kawan yang lain :P  


Menarik betul pantun 4 kerat dari kawan-kawan saya ni! Tak sangka ya kami semua sungguh berbakat. Paling berbakat mestilah saya, sebab berjaya membalas kesemua pantun dari mereka hehehe #DoneAngkatBakulSendiri . Nanti kalau dah boleh kembali ke kampus, jom lawan pantun bersama-sama! Takpun nanti kita berkomunikasi menggunakan pantun sahaja, barulah gempakkkkk 

Terima kasih kepada semua pembaca setia saya! Kalau berani, haaa tinggalkan pantun pada ruangan komen di bawah! Hehehehe >,<

Kehadiran : 


Friday, 21 May 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 8 - ONE SHOT - DIEZ

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum! Apa khabar semua?! Harapnya semua yang membaca penulisan ini berada dalam keadaan sihat sejahtera saja. 

Penulisan hari ini adalah tentang video one shot yang telah dihasilkan oleh Kumpulan Diez. Kali ini, Diez telah dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil kerana kami perlu melakukan 3 video one shot. 

  1. One shot one layer : Video one shot one layer dirakam tanpa menggerakkan alat perakam video, dan melibatkan mimik nyanyian individu atau kumpulan. Video one shot one layer ini tidak memerlukan sebarang suntingan kecuali pada bahagian kredit. 
  2. One shot two layer : Dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian, dan kebiasaannya mengandungi jalan cerita tentang lagu yang dinyanyikan. 
  3. One shot three layer : Terdapat 3 lapisan dalam video one shot three layer ini, yang melibatkan lapisan nyanyian, lakonan dan lapisan pergerakan.

Berikut merupakan video yang telah kami hasilkan. Selamat menonton!

One shot one layer (Adreana, Hayati & Hidayah) :

One shot two layer (Akma, Anis & Hapizah) :

One shot three layer (Adhlin, Adilla, Afiah & Vivian) :

Menarik kan kesemua video yang dihasilkan oleh Diez??!! Saya pun tak sangka yang kesemua ahli Diez sangat lah kreatif, bermula daripada proses perkongsian idea, sehinggalah terhasilnya 3 video yang sangat menarik ini, kesemuanya dilakukan bersama-sama walaupun kami semua tinggal berjauhan antara satu sama lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan ketiga-tiga video ini. Jasamu ku kenang ~ 

Jangan lupa like, komen dan share the luvvvv <3 dan terima kasih juga kepada anda semua kerana sudi menonton video menarik tertarik kau memang deboom dari Diez!!! 

Wednesday, 19 May 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 8 - STRATEGI KOMUNIKASI

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 

Assalamualaikum! Nak tengok sesuatu yang cantik tak?! Ha terus scroll ke bawah dan pastikan sampai ke bawah sekali untuk melihat sesuatu yang sangat menarik! Hehe




Gambar di atas merupakan peta minda/nota yang telah saya hasilkan berdasarkan bab 4 iaitu Strategi Komunikasi. Dapat dilihat dengan jelas bahawa strategi komunikasi digunakan oleh pelajar untuk memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dan ketika dalam situasi peraturan sistematik bahasa sasaran tersebut belum lagi dibentuk (Tarone, 1980: 420). Terdapat beberapa orang tokoh yang mengemukakan pandangan mereka mengenai strategi komunikasi ini dan setiap pandangan yang dikemukakan itu hampir sama antara satu sama lain. Pembacaan peta minda/nota yang saya selitkan di atas dapat membantu lagi proses pemahaman mengenai strategi komunikasi ini. 

Selamat membaca dan semoga bermanfaat!

BUKTI KEHADIRAN : 
Fuh, sejuk mata memandang <3

Sunday, 16 May 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 8 - VIDEO SETEMPAT

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum! 

Ha, raya, raya jugak tapi kerja tetap jalan tau!! untuk tugasan kali ini, saya perlu menghasilkan sebuah video setempat, tak kisah la apa tema sekalipun, asalkan video setempat. Pada awalnya, saya rancang nak rakam video setempat suasana raya di kampung tapi tiba-tiba pulak kerajaan Malaysia umum PKP :( terbantut la rancangan asal saya. 

Rancangan saya pun terpaksa berubah dan dalam video setempat yang saya hasilkan ini, saya ada kongsikan sebuah lagu yang saya selalu dengar setiap kali saya penat dan nak berehat sekejap dari segala kesibukan dan kepenatan tugasan dan banyak lagi. Bagi saya, lagu ini sangat mendamaikan dan memberi ketenangan setiap kali saya mendengarnya. Jadi, saya nak berkongsi ketenangan itu dengan anda semua :p Selamat menonton!



Video setempat yang saya hasilkan ini diambil dalam bilik saya dan saya hanya duduk di kawasan meja belajar saya sahaja. Saya memulakan rakaman dengan bercakap serba sedikit tentang apa yang ingin saya kongsikan dalam video tersebut dan kemudian saya terus kongsikan sebuah lagu yang sering saya dengar. Tajuk lagu yang saya kongsikan adalah 'Hitorijanai' (Not Alone) yang dinyanyikan oleh Kumpulan Seventeen (kpop group). Bagi saya, setiap bait lirik dan gerak tari mereka sangat mendamaikan, saya tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan tu tapi boleh la cuba dengar sendiri lagu ini untuk faham apa yang saya cuba maksudkan :) Haaa, kalau diamati maksud lirik lagu tersebut, pasti anda akan faham kenapa lagu ni memberikan ketenangan dan kedamaian kepada saya! 

Walaupun sekarang kita tengah dalam PKP dan kes Covid-19 juga semakin meningkat, kita perlu bersabar dalam menghadapi semua ini. Apa salahnya kalau kita beralah sedikit sekarang kalau nanti di masa depan kita berjaya dapatkan kembali apa yang pernah kita miliki sebelum ini. Setiap kepenatan dan keserabutan yang kita hadapi boleh diubati dengan pelbagai cara, dan bagi saya lagu ini adalah salah satu cara untuk saya berehat sebentar dari segala kepenatan ini. Macam mana pula cara anda semua berehat dari segala kepenatan yang anda lalui? Kongsilah sikit, 'sharing is caring' ha gitu hehehe.

Sekian itu sahaja dari saya untuk kali ini, terima kasih kerana sudi membaca dan juga sudi menonton video saya!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. 

BUKTI KEHADIRAN : 


BBM3410 - 2021 - MINGGU 7 - VLOG HARI RAYA - DIEZ

Berlalu la sudah Ramadan sebulan berpuasa, tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembira ~ Wah tiba-tiba menyanyi pulak kan?! 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin!!!

Macam biasa, Diez kembali beraksi! dan untuk tugasan kali ini, kami diminta untuk menghasilkan sebuah vlog raya. Jom sama-sama kita tengok vlog raya yang dihasilkan oleh Kumpulan Diez. Selamat menonton! 



Comel kan kesemua ahli kumpulan Diez?! Boleh la buat lepas rindu setiap kali tengok video ni, sebab tak tahu bila boleh kembali ke kampus kan :( Harapnya kesemua ahli kumpulan Diez dan keluarga mereka kekal sihat dan sentiasa dilindungi Tuhan. Saya yakin nanti bila dah 'grad', kemudian bila tengok semula video ni, mesti rasa sedih kan?! Aaa baru fikir macam ni je tapi dah mula rasa sebak :( 

Jom la sama-sama berdoa agar Tuhan mengangkat penyakit ini dan kembali kan kesembuhan pada dunia seperti dahulu. Tak dilupakan juga, semoga kemenangan berpihak pada Palestin, inshaAllah, Aminnn. 

Sekali lagi, Selamat Hari Raya!!!

BUKTI KEHADIRAN : 


Saturday, 1 May 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 6 - SIMPULAN BAHASA

Assalamualaikum dan hai semua! Ha macam biasalah kalau nampak posting blog ini, maksudnya ada lah tugasan baru yang perlu dilakukan :D Minggu ni saya dan kawan-kawan perlu melakukan tugasan berkumpulan, yey akhirnya Diez kembali beraksi!!!

Kami diminta untuk mencari 20 simpulan bahasa, dan yang paling mencabar, kami perlu pastikan simpulan bahasa yang dipilih oleh kumpulan kami tidak sama dengan kumpulan lain. Nak dijadikan cerita jumlah pelajar untuk kelas kami adalah seramai 70 orang, jadi kami perlu pastikan kesemua 140 simpulan bahasa yang dipilih tidak sama antara satu sama lain. Fuh lain macam punya susah tugasan kali ni :( Bukan sahaja perlukan penelitian yang sangat teliti, tapi juga perlukan semangat kerjasama dengan kawan-kawan yang lain.

Alhamdulillah, berbekalkan semangat kerjasama yang tinggi antara kami semua, akhirnya kami berjaya memastikan kesemua 140 simpulan bahasa ini tidak sama atau bertindih dengan yang lain. Berikut merupakan 20 simpulan bahasa yang telah dipilih oleh Kumpulan Diez :

1. Bekas tangan
2. Darah daging
3. Darah gemuruh
4. Darah panas
5. Darah manis
6. Darah muda 
7. Anak bapa
8. Hati batu
9. Bunga dedap
10. Buruk hati
11. Hati ayam
12. Angkat tangan
13. Mati akal 
14. Buta huruf
15. Durian runtuh
16. Dalam tangan
17. Ikat perut
18. Buruk laku
19. Lapang dada
20. Berat badan 
 

Lupa pulak nak bagi tahu apa yang perlu dilakukan dengan simpulan bahasa ni. Jadinya, setiap seorang perlu memilih 2 simpulan bahasa dan kami perlu mengambil gambar yang menampakkan maksud simpulan bahasa di atas. Setiap gambar yang diambil ini berdasarkan kreativiti masing-masing, dan kami perlu masukkan kesemua gambar ini ke dalam videooo.

Video di bawah merupakan video yang telah diihasilkan oleh kumpulan kami, iaitu Kumpulan Diez!! Selamat menonton!!!


Ha!! Menarik kan video yang kami hasilkan??!! Kesemua gambar yang diambil oleh ahli kumpulan saya juga sangat menarik dan menampakkan maksud sebenar simpulan bahasa tersebut. Sekali pandang saja dah tau apa maksudnya kan??!! Harapnya video simpulan bahasa yang kami hasilkan ini bermanfaat buat semua, dan mampu menambahkan lagi glosari simpulan bahasa yang hampir karat dalam diri kita semua hehe

Terima kasih kerana sudi membacaaa <3