Wednesday, 31 March 2021
BBM3410 - 2021 - MINGGU 2 - NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK
BBM3410 - 2021 - MINGGU 2 - PENDEKATAN ANALISIS WACANA
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Huraian:
Pra-andaian adalah perkara yang diandaikan terlebih dahulu sebelum memulai sesuatu perkara atau tindakan. Pra-andaian dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu intuisi dan konteks. Intuisi adalah gaya atau kebolehan memahami sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar. Intuisi juga digelar sebagai gerak hati. Konteks pula adalah adalah idea yang digunakan dalam bahasa sains (linguistik , sosiolinguistik , analisis wacana dan semiotik) dan ianya dianalisis dari aspek penerimaan atau penegasan, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.
Emosi adalah perasaan kuat yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi juga merujuk kepada reaksi positif atau negatif terhadap seseorang atau peristiwa. Emosi positif dan emosi negatif yang bercampur akan dipanggil sebagai emosi campuran. Emosi positf dapat ditunjukkan ketika gembira, teruja, seronok dan bahagia. manakala, emosi negatif pula dapat ditunjukkan ketika sedih, marah, terluka dan sengsara. Emosi yang berbeza adalah disebabkan oleh perangai, personaliti, mood dan motivasi seseorang individu yang berbeza dengan individu lain.
Nilai dan budaya sangat bermakna dalam masyarakat kerana berkait dengan norma, adat dan praktik kehidupan. Setiap diri dan masyarakat memainkan peranan penting dalam mengekalkan nilai dan budaya sesuatu adat. Antara nilai positif yang perlu ada dalam diri, masyarakat dan adat adalah nilai jujur, kasih sayang, berdikari, hemah, hormat -menghormati, keadilan kebebasan dan banyak lagi. Kewujudan nilai dan budaya ini akan menjadikan sesebuah masyarakat itu dipandang tinggi oleh masyarakat lain.
Bahasa adalah alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan oleh alat ucapan manusia. Bahasa boleh dilihat dalam tiga kategori iaitu bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa ketiga. Bahasa juga boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu bahasa formal (bahasa yang digunakan pada situasi formal atau rasmi, contohnya bahasa baku dan bahasa istana) dan bahasa tidak formal (bahasa yang digunakan pada situasi tak rasmi, contohnya bahasa slanga). Kesalahan bahasa juga dianalisis supaya setiap kesalahan dapat dibetulkan agar tidak timbul sebarang kecelaruan. Linguistik (bahasa) pula dianalisis untuk memastikan setiap huraian yang ditulis adalah tepat dan jelas.
Inferens adalah sebab sesuatu perkata itu terjadi berdasarkan apa yang telah kita perhatikan. Inferens terdiri daripada tiga aspek utama iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap aspek ini perlu dibincang dan dianalisis dengan teliti supaya inferens akhir yang dicapai adalah jelas dan padat.
Wednesday, 24 March 2021
BBM3410 - 2021 - MINGGU 1B
Tugasan 2
Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk
WATAK | ALIM | DATUK & NENEK | IBU & AYAH | ABANG IMRAN | KAK MADINAH | AISYAH | |
LATAR TEMPAT | 1. Kereta: Aisyah sibuk mencari permainan yang tertingal di celah-celah kerusi kereta. 2. Reban ayam dan itik: Alim terus keluar dan mencari ayam dan itik. 3. Reban: Nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban. 4. Rumah nenek dan datuk: Alim menjadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa. 5. Ruang tamu: Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar dalam televisyen.
| ||||||
LATAR MASA
| Selepas 30 minit perjalanan, mereka pun sampai. | ||||||
LATAR MASYARAKAT | Masyarakat kampung: Alim akan pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang.
| ||||||
EMOSI | |||||||
EMOSI POSITIF | EMOSI NEGATIF | ||||||
1. Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar dalam televisyen. |
1. Nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban.
2. Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa. Alim sedih. Alim terus menangis. |
Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
BBM3410 - 2021 - MINGGU 1A
Assalamualaikum dan hai semua!
Fuh pertama kali nak cuba menulis blog ni. Dulu ada la jugak niat nak menulis blog tapi sekadar niat jalah dan akhirnya terus menyepi. Okay, jom berkenalan dengan orang baru dalam dunia 'blogging'! >.<
Bila orang tanya saya nak kerja apa bila dah habis belajar nanti, saya tak boleh jawab soalan ni. Bukan sebab tak ada cita-cita tapi perancangan hidup saya adalah untuk belajar belajar dan belajar lagi. Kalau asyik belajar ja macam mana nak kerja kan? Tapi takpalah, mana tahu perancangan masa depan saya akan berubah nanti jadi,
JOM SEMUA DOAKAN YANG BAIK-BAIK SAJA UNTUK KEJAYAAN HIDUP SAYA DULU KINI DAN SELAMANYA, INSHALLAH :)
Sekian, serba-serbi pengenalan tentang diri saya. Terima kasih kerana sudi membaca!