Tuesday, 27 April 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 6 - TWITTER

Eh?! Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Okay post kali ini sama seperti post yang lepas cuma untuk post ini, kami kena buat akaun burung biru (twitter) pula. Sebenarnya, saya dah ada 2 akaun twitter sebelum ini, akaun pertama adalah akaun peribadi saya tapi saya tak terlalu aktif di akaun ini kerana saya lebih aktif di akaun kedua iaitu akaun kpop saya hehehe :D Jadi, untuk tugasan ini, saya buat akaun baru yang khas untuk subjek Multimedia sahaja, barulah tak bercampur-aduk dengan hal peribadi dan hal kpop saya yang lain hehe. Kalau nak follow, boleh lah pergi ke ---> @dayah_nan ! Lepas dah follow nanti, pastikan retweet (rt) dan like semua tweet saya tau!! 

Bagi tugasan di twitter ini, saya dan kawan-kawan yang lain diminta tweet mengenai 'nilai estetika/estetika/estetik'. Tweet kedua perlu dibuat selang 5 hari daripada tweet pertama. Jom kita tengok tweet pertama saya mengenai 'nilai estetika/estetika/estetik' ini!

Tweet Pertama : 22 April 2021


Okay inilah tweet pertama saya mengenai 'nilai estetika/estetika/estetik'. Secara jujurnya, saya tidak pasti apa yang perlu di tweet buat kali pertama ini, jadi saya rasa eloklah jika saya berikan pendefinisian 'estetika' sebagai pengenalan terlebih dahulu :p

Kami juga diminta untuk rt tweet kawan-kawan yang lain, sebagai tanda untuk memberi sokongan kepada mereka. Jadi disini saya selitkan 10 orang kawan yang telah saya rt tweet mereka!


Dapat kita lihat disini, kawan-kawan saya juga ada berikan pendefinisian 'nilai estetika/estetika/estetik'. Alhamdulillah, makin bertambah lah ilmu kita semua mengenai 'nilai estetika/estetika/estetik' ini kan :D

Selang 5 hari daripada tweet pertama, kami perlu tweet tentang 'nilai estetika/estetika/estetik' lagi sekali. Jom kita tengok tweet kedua saya dan tweet kedua kawan-kawan saya yang telah saya rt! 

Tweet Kedua : 27 April 2021 


Alhamdulillah, saya dah lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan 'nilai estetika/estetika/estetik'. Jadi, untuk tweet kedua ini saya ada sertakan pendefinisian estetika dari aspek agama, dan ada juga saya selitkan gambar penanda buku tulisan khat (yang bertulis Siti Nur Hidayah), sebagai contoh seni kecantikan dalam agama Islam. 

Berikut pula merupakan tweet kedua dari kawan-kawan saya yang telah saya rt :)


Wah, cantik betul semua gambar yang kawan-kawan saya selitkan dalam tweet mereka ini. Rasanya pemahaman kami semua mengenai 'nilai estetika/estetika/estetik' ni makin meluas ya. Syukur alhamdulillah <3

Rasanya cukuplah setakat disini sahaja perkongsian saya pada minggu ini. Harapnya perkongsian kali ini bermanfaat buat semua yang sudi membaca, insha-Allah. Ha! Jangan lupa untuk follow, rt dan like tweet-tweet dari kami ya! 
Terima kasihhh :)

BBM3410 - 2021 - MINGGU 6 - INSTAGRAM

Assalamualaikum dan hai semua! Untuk tugasan kali ini, kami diminta untuk membuat akaun instagram pula. Sebenarnya, saya dah lama tak aktif di instagram kerana terlalu sibuk dengan urusan lain dan akaun instagram lama saya hanya dipenuhi dengan update kpop dan kdrama sahaja hehehe. Jadinya, saya pun buatlah akaun instagram yang  baru khusus untuk tugasan-tugasan Multimedia ini. Jangan lupa follow instagram saya ya ---> @dayah.nan :D

Oh ya! Pada minggu ini kami diminta untuk membuat 2 posting yang bertemakan 'Ketenangan'. Posting kedua perlu dibuat selang 5 hari daripada posting pertama. Jom kita lihat apa posting pertama saya! 

Posting Pertama : 22 April 2021


Ha amacam??!! Rasa tenang tak bila tengok awan mendung bersama bot-bot di tepi pantai ni??!! Bagi saya, gambar ini bukan sahaja menunjukkan elemen ketenangan tapi juga terselit elemen kecantikkan dan keindahan ciptaan alam. Kapsyen yang disertakan juga sangat bersesuaian dengan gambar ini <3

Kemudian, kami juga perlu memberi komen pada gambar 10 rakan yang lain. Mari kita lihat siapa insan terpilih yang telah saya komen pada gambarnya hehehe











Okay selesai sudah posting pertama dari saya dan kawan-kawan. Sekarang jom kita tengok posting kedua pula! Posting kedua ini dilakukan selang 5 hari daripada posting pertama dan kami masih lagi menggunakan tema yang sama tau, iaitu tema 'Ketenangan' <3

Posting Kedua : 27 April 2021


Cantik tak gambar untuk posting kedua saya??!! Kapsyen yang diselitkan di situ sangat bersesuaian dengan gambar di mana model kelihatan seperti sedang berjalan dan mencari sesuatu dalam keadaan yang panas. Jadi, boleh lah kita andaikan yang model sedang berjalan dan mencari ketenangan di bawah terik mentari. Walaupun panas tapi itu bukanlah penghalang kan?! Kerana kita semua tahu yang bukan senang nak senang :D

Okay kalini jom kita tengok siapa pula insan-insan terpilih yang telah saya komen pada gambar mereka! Adakah orang yang sama? Atau sudah berubah? Ha jom tengok!!











Yeyyy selesai sudah posting pertama dan kedua dari kami yang bertemakan 'Ketenanagan'. Nantikan posting-posting lain yang bakal kami post nanti ya! Paling penting, jangan lupa follow, like dan komen instagram saya dan kawan-kawan yang lain tau! Jasa anda semua amatlah kami hargai hehe 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya pada kalini. Saya akan kembali dengan content yang lebih menarik!! Wah, macam youtuber pulakkkk :p

Wednesday, 21 April 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 5 - NOTA FLATLAY

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Hai semua! Okay kali ni saya ada buat peta minda untuk flatlay pulak! Boleh tahan cantik jugak peta minda saya hehe puji diri sendiri sikit. Tengoklah! Harapnya bermanfaat untuk semua >.<



Aaa maaf!! Ada kesan air sikit atas kertas ni tapi rasanya semua tulisan masih boleh dilihat dengan jelas kan?! Selamat membacaaa.


Buku Rujukan : 


BBM3410 - 2021 - MINGGU 5 - NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH,1995)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 

Eh bertemu kembali?! Ha untuk kali ni, saya selitkan pula nota ringkas tentang Teori Analisis Wacana Kritis (Fairclough, 1995). Selamat membaca :) 




Buku Rujukan : 


BBM3410 - 2021 - MINGGU 5 - NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK,1977)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 

Assalamualaikum semua! Hari ni saya ada buat sedikit nota ringkas tentang Teori Analisis Wacana Kritis (Vandijk, 1977). Semoga bermanfaat :D




Buku Rujukan :